Macamana la pula anak-anak boleh bangun dengan bingkas pada awal pagi untuk menyatakan persediaan ke zoo negara.
Walau bagaimanapun, kami akur dengan permintaan mereka dan terus ke sana.
Tiket dah mahal la sekarang.. RM 20 untuk dewasa , kanak-kanak (3 tahun dan ke atas) RM 6.
Kalau nak pegi taman serangga dalam zoo, kena tambah RM 5 seorang.....haiyyyaa!!!!
Naik trem RM 3 dewasa, RM 2 kanak-kanak.
Kalau nak kurus, jangan naik trem.
Kitorang round dulu dengan kaki, kemudian naik trem untuk mengelilinginya buat kali kedua. Sambil menaiki trem, terdengar perbualan lancang pemandu trem.
"RM 20 ni taklah mahal sangat kalau compare dengan negara lain seperti Singapore dan lain-lain."
Zoo kita antara terbesar di Malaysia. Kalau diikitraf, silap-silap jadi zoo bertaraf dunia dan harga tiket akan melambung lebih tinggi untuk mengekalkan standard," katanya.
Bila balik ofis, cerita kat bos, dia kata , " Eleh.. kat luar negara, walaupun mahal, tapi bebaloi dan sehari dua pusing pun tak habis". kata bos aku dengan sambil menyengetkan bibir tanda kecewa terhadap harga zoo.
Nak ke sana, senang sahaja. Cari la highway DUKE atau MRR2. Zoo Negara berada di sekitar Malawati atau Ulu Klang.
Pada pendapat saya,
- Zoo Negara boleh tahan, tapi biasa je la dan sama la suasana zoo seperti zoo Melaka, Taiping , Krai dan lain-lain.
- Dari tahun 80 an, hinggalah sekarang, rasa macam sama je...perasan tak?
- Zoo Negara kena buat lain dari yang lain seperti A Famosa Melaka.
- Cari sponsor atau sukarelawan lagi.
- Berilah sedikit cenderamata kepada pengunjung seperti 'sprong' kata orang kelantan. (Teropong kanak-kanak)
- Sediakan air free ke, jajan ke, ada badut ke dll.
2 comments:
ari tu masa 2007 pegi tak payah lagi bayar harga tuk trem..pegi balik thn lepas dah kena bayar dah..pasal tak banyak perubahan tu agak betul juga..memang ada..tapi takdela cam outstanding sgt..dan pasal bertaraf dunia tu tak taule pulak sebab zoo kat melaka pun tak pegi lagi..tapi jika dilihat dari kaca tv zoo dan cerita2 kawan2, di luar negara nampak cam lagi bestla..dari segi kebersihan, susn atur..kecantikan dan keluasan..
saya setuju..
sesekali teringin gak gi zoo kat gold coast. just nak compare yang mana lagi best...
Post a Comment