Monday, October 6, 2008

FUTSAL CUCU MAKSAH VS CUCU MAKSU TIMAH



pada 02 Oct 2008, telah diadakan perlawanan futsal persahabatan cucu-cucu AlLahyarhamah Siti Esah dan Siti Fatimah.

Perlawanan diadakan pada jam 10.15 mlm dengan menyaksikan perlawanan yang sengit. Akhirnya kemenangan berpihak kepada cucu Mak Sah dengan kemenangan bergaya 12-8.

Sememangnya pihak cucu MakSah mempunyai wakil-wakil pemain yang hebat-hebat memandangkan keturunan Mak Sah memang suka pada permainan dan sukan berbanding akademik. Hahahahah. Penjaring terbanyak pada malam tersebut ialah Die yang mempunyai kemahiran yang tinggi apabila berada di posisi striker. Sdr Faiz juga dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan apabila berjaya mengekang kemaraan penyerang-penyerang cucu Mak Su Timah yang masih lagi berbisa. Apa juga kurangnya dengan anak Mak su (Ayahsu Mawardi ) yang masih lagi mempunyai skil-skil seperti dahulu. Cuma keberatan badan yang semakin bertambah, membuatkan aksi-aksi beliau yang agak perlahan. Worst blunder for that night is hahahaha.. Ada orang kata Muzammil sebab beliau agak terlalu lama menyimpan bola. Kemahiran menyilang kaki sudah tidak lagi dianggap mengelirukan kerana sememangnya Pemain peratahanan (Adik Kimi) sudah lali dengan kesudahannya. Ketamakan beliau apabila berada di depan gawang, gagal dimanfaatkan dengan sebaiknya apabila menghasilkan tendangan yang jauh dari sasaran.

Mutu kawalan yang sempurna oleh Adikcik di bahagian tengah, menguatkan jentera pasukan Cucu Maksah dari segi pertahanan dan Serangan. Serangan oleh Zumi dan Anak Pacik Azman (Pemain Import) dapat mengeruhkan lagi keadaan pasukan cucu Mak Su.

Walau apapun, diharap perlawanan ini menjadi acara tahunan kerana ia sememangnya berjaya merapatkan lagi SilaturRahim dan ukhuwah kekeluargaan cucu-cucu MakSah dan MakSu.

Kalah dan menang adat pertandingan, yang penting, SUKAN DAPAT MENYIHATKAN BADAN DAN MERAPATKAN SILATURRAHIM SESAMA INSAN.