Wednesday, June 17, 2009

Membeli Rumah Impian Anda


Anda telah membuat keputusan untuk membeli sebuah rumah. Ini adalah satu langkah yang baik, tetapi terdapat banyak faktor yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan tentang jenis rumah yang ingin dibeli. Berikut adalah beberapa cadangan yang mungkin boleh anda pertimbangkan bagi memastikan pengalaman membeli rumah anda berjalan lancar.

Setiap orang mempunyai idea rumah impiannya tersendiri tetapi peraturan pertama yang perlu dipertimbangkan ialah anda perlu membeli rumah mengikut kemampuan sendiri. Ini bagi mengelakkan anda daripada terjerumus ke dalam kancah kewangan yang teruk. Anda dinasihatkan supaya membuat belanjawan berdasarkan jumlah yang anda boleh keluarkan daripada simpanan peribadi anda sebagai bayaran pendahuluan dan jumlah yang anda mampu bagi bayaran bulanan pinjaman perumahan. Jangan lupa untuk memasukkan sekali jumlah yang boleh anda keluarkan daripada simpanan KWSP untuk tujuan ini. Untuk pengetahuan anda, setahun selepas anda membuat pengeluaran perumahan yang pertama, anda dibenarkan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun II simpanan KWSP anda untuk mengurangkan pinjaman perumahan anda pada setiap tahun.

Selain daripada bayaran pendahuluan, anda juga perlu membayar yuran guaman dan yuran setem untuk Perjanjian Jual Beli serta Perjanjian Pinjaman Perumahan. Ini akan membebankan jika anda tidak membuat peruntukan kewangan yang mencukupi.

Apabila anda telah menetapkan belanjawan, anda boleh mula mencari rumah idaman anda. Lokasi adalah faktor yang sangat penting untuk dipertimbangkan. Jika anda bercadang untuk tinggal di sesebuah rumah untuk jangkamasa panjang, pastikan anda mencari lokasi yang selesa. Tetapi, jika anda membeli rumah untuk tujuan pelaburan, lokasi di mana nilai hartanah boleh meningkat dengan cepat merupakan faktor yang patut dipertimbangkan.

Anda mempunyai pilihan samada untuk membeli rumah yang baru daripada pemaju atau membeli rumah yang telah siap daripada pemiliknya.

Barangkali, membeli rumah yang baru lebih diidamkan oleh kebanyakan orang memandangkan harganya yang lebih rendah daripada rumah yang telah siap tetapi anda perlu menunggu sehingga dua tahun sebelum rumah tersebut siap dibina. Di dalam tempoh tersebut, anda juga perlu membayar faedah ke atas pinjaman anda pada setiap bulan sehingga keseluruhan pinjaman anda dikeluarkan (apabila rumah baru anda siap dibina). Sebaliknya, anda tidak perlu menunggu begitu lama jika membeli rumah yang telah siap tetapi anda mungkin perlu membuat sedikit peruntukan kewangan untuk kerja-kerja pengubahsuaian.

Untuk perhatian anda, simpanan KWSP tidak boleh digunakan untuk membayar kos membaiki dan mengubahsuai rumah.

Namun, anda mungkin tidak dapat mencari rumah idaman anda yang bersesuaian dengan peruntukan belanjawan anda dan menangguhkan keputusan anda supaya anda dapat menyimpan lebih banyak wang (dari anda sendiri atau melalui KWSP). Semua ini terpulang kepada anda tetapi anda perlu mempertimbangkan faktor kenaikan harga rumah.

Sebagai alternatif, anda boleh membeli dahulu rumah yang anda mampu dan menjualnya kemudian. Pulangan daripada jualan tersebut boleh digunakan untuk membeli rumah impian anda. Untuk perhatian anda, KWSP membenarkan ahli-ahlinya untuk membeli rumah kedua, dengan syarat anda telah menjual rumah pertama.

Thursday, June 11, 2009

KWSP CATAT PENDAPATAN PELABURAN RM3.26 BILION PADA S1 2009



Thursday 11/06/2009

Kelembapan Ekonomi Jejaskan Pulangan Pelaburan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan yang belum diaudit sebanyak RM3.26 bilion pada suku tahun pertama 2009 (S1 2009), menurun 10.47 peratus berbanding RM3.64 bilion pada suku tahun keempat 2008 (S4 2008).

Penurunan jumlah pendapatan pelaburan pada suku tahun yang diulas adalah disebabkan oleh pulangan pelaburan yang menurun daripada instrumen berpendapatan tetap dan ekuiti.

Penyumbang tertinggi kepada pendapatan KWSP pada S1 2009 ialah Pinjaman dan Bon yang mencatatkan pulangan sebanyak RM1.78 bilion, merosot 2.15 peratus berbanding RM1.82 bilion pada S4 2008. Setakat 31 Mac 2009, 36.81 peratus daripada Pinjaman dan Bon dilaburkan dalam syarikat dengan penarafan kredit AAA dan 49.97 peratus dilaburkan dalam syarikat dengan penarafan AA.

Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM) merupakan penyumbang pendapatan kedua tertinggi pada S1 2009 dengan pulangan sebanyak RM1.11 bilion, merosot 13.23 peratus daripada RM1.28 bilion yang diperoleh pada S4 2008.

“Walaupun pulangan daripada Pinjaman dan Bon dan SKM menurun pada suku tahun pertama ini, KWSP akan terus melabur dalam instrumen tersebut kerana ia menyumbang kepada pengekalan modal dan perolehan pendapatan yang stabil, bersesuaian dengan mandat pelaburan KWSP yang mengutamakan instrumen berisiko rendah,” kata Tan Sri Azlan Zainol, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP.

Pada S1 2009, Ekuiti menyumbang sebanyak RM223.83 juta selepas peruntukan rosot nilai pelaburan berikutan kemerosotan harga pasaran ekuiti, berbanding RM342.54 juta pada S4 2008.

KWSP terus melabur dalam saham-saham mewah dengan tumpuan utama kepada dua sektor. Daripada jumlah pelaburan dalam pasaran Ekuiti, 37.43 peratus dilaburkan dalam sektor Dagangan dan Perkhidmatan sementara 33.93 peratus dalam sektor seperti Kewangan. Pelaburan kurang daripada 10 peratus dibuat dalam sektor seperti Perladangan (8.66 peratus), Barangan Industri (6.98 peratus) dan Pembinaan (4.59 peratus).

“Keadaan pasaran dijangka kekal mencabar dalam masa terdekat berikutan kesan kemelesetan global terhadap ekonomi domestik. Bagaimanapun, prospek di luar negara yang semakin baik, dorongan fiskal dalam negeri yang kukuh dan kewujudan kecairan yang tinggi dijangka merangsang prestasi pasaran pada setengah tahun kedua 2009,” kata Tan Sri Azlan.

Sementara itu, Instrumen Pasaran Wang mencatatkan pulangan sebanyak RM120.11 juta pada S1 2009, menurun daripada RM143.21 juta yang dicatatkan pada S4 2008. Hartanah menyumbang RM20.63 juta kepada pendapatan KWSP pada S1 2009, merosot berbanding RM51.32 juta pada S4 2008.

Saiz dana keseluruhan KWSP pada masa ini ialah RM348.16 bilion, meningkat 1.93 peratus daripada RM341.56 bilion pada S4 2008. Jumlah peruntukan pelaburan KWSP pada S1 2009 adalah seperti berikut:

Jenis Pelaburan RM Bilion Peratus
Sekuriti Kerajaan Malaysia 96.07 27.59%
Pinjaman dan Bon 143.86 41.32%
Ekuiti 90.22 25.91%
Instrumen Pasaran Wang 16.39 4.71%
Hartanah 1.62 0.47%
Jumlah 348.16 100%

“Ketidakpastian yang menyelubungi ekonomi global terus mempengaruhi pelaburan KWSP. Kami menjangkakan tahun ini merupakan tahun yang sukar bagi KWSP, tetapi sebagai pelabur jangka panjang KWSP akan mengambil kesempatan daripada peluang-peluang yang wujud pada masa yang mencabar ini,” kata Tan Sri Azlan.

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana pencen terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya.

Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar.

KWSP akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.


SUMBER KWSP

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAMA: Tan Sri Azlan Zainol
Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
TEL: 03 - 2616 6208
TARIKH SIARAN: 11 JUN 2009
DISIARKAN OLEH BERNAMA PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA

Monday, June 8, 2009

Serunding @ Rumahku

Umi dan Abang

Anak dan wife

Umie

Pantai yang bersih dan Insya AlLah selamat



Biasala kalau cuti sekolah, berduyun-duyun orang balik ke kampung masing-masing. Matlamat utama ialah untuk berjumpa dengan orang tua. Kena jenguk juga orang tua setiap masa. Kalau call, tak cukup. Untuk keberkatan la... Siapalah kita tanpa mereka..

Kampungku tak la best sangat sebab takda Starbucks, seven eleven, KFC, McD, Jaya Jusco, Tesco, Tol DUKE, Waterworld dan lain-lain. Yang ada cuma kedai runcit Pok Dik, Kedai makan kantin JKR, dan sebuah pantai... Pantai kat rumah aku dekat je. Bak kata kawan sekolah (En Samsuri iklan Sensodyne) , 3 kali preh motor je, sampai.... alaa... lebih kurang 800 meter.

AMARAN
Kalau nak mandi pantai ni, kena ada skil juga. Bukan apa, aku tau la sebab bapa aku memang orang pantai. Ada la ilmu pantai sedikit sebanyak. Jangan mandi sembarangan je. Kita kena tengok dari jauh keadaan ombak.
Sekiranya ombak pantai tu menghala ke kiri dan ke kanan secara serentak dan bercelaru, jauhilah ia. Mungkin kat bawah tu ada arus deras yang boleh "menarik" atau menghanyutkan orang dengan begitu ganas. Walaupun seseorang itu Ian Thorpe (Juara Renang olimpik) sekalipun, tidak berupaya menentang arus ganas berkenaan. Alih-alih je timbul kat tengah laut...
Kalau tak silap, mereka namakan ia paloh atau pun Beruh...

So, kelebihan pantai rumah berbanding Pantai Irama, ialah ia kelihatan lebih selamat....