Monday, September 13, 2010

FUTSAL CUCU MOKSOH VS CUCU MOK SU PART II




12/9/2010 Sabtu - Perlawanan Futsal antara cucu MokSoh dengan cucu Moksu sekali lagi diadakan dengan jayanya di Real 7 Fusal Court, Pasir Tumboh. Kali ini cucu Moksoh agak kekurangan pemain disebabkan masalah komunikasi. Faiz (anak Paksu Din) gagal hadir untuk membantu pasukan MokSoh. Ketiadaan Faiz (bekas pemain Kelantan) tidak sedikit pun menggusarkan cucu MokSoh oleh kerana ketiadaannya digantikan oleh pemain muda cilik yang baru iaitu Abg Mie AKA Nazmi Chamakh (Anak PakNgah Zain) yang merancang permainan dengan baik dan sempurna.
Cucu MokSu dibarisi ramai pemain muda tetapi serangan mereka agak tumpul memandangkan kekurangan pengalaman dan masalah komunikasi. Cucu MokSu yang diketuai oleh Imam Muda Kg Nipah Sdr Yuss (menantu Maklung Yah) banyak mencipta peluang, tetapi sayang dibuang dengan sewenang-wenangnya oleh penyerang. Kelemahan tersebut digunakan oleh pemain lawan, Adikcik, Adikwe, AdikKimi dan Abe Die (semua anak Ayahlong) mencipta jaringan demi jaringan.
Kecekapan penjaga gol cucu Moksoh iaitu Syamim (Anak Makcik Mah) juga adalah faktor yang penting buat cucu MokSoh. Tanpa beliau, pasti gol ditembusi oleh pihak lawan sewenang-wenangnya.
Sepakan dan gelecekan Abg Mie, diikuti oleh dentuman rembatan Adik We dan adikcik serta jaringan hatrick Die , akhirnya menobatkan Cucu MokSoh sebagai JUARA sekali lagi pada tahun ini tahun 2010.
CUCU MOKSOH 12 CUCU MOKSU 8

Ketiadaan Ayahsu Mawardi dan keletihan Sdr Muzamil amat memberi kesan yang mendalam kepada Cucu Moksu. Tidak apalah, yang penting, cuba lagi di tahun yang akan datang.
Apa yang memberi kesan mendalam ialah , suatu ikatan ukhuwah yang dapat dikekalkan antara cucu Moksoh dan Cucu Maksu walaupuan jurang kekeluargaan semakin besar dimamah usia dan masa. Kepada yang lain, COME AND JOIN US TO GIVE YOUR SUPPORT!!
Wassalam...