Thursday, December 30, 2010

Balik Sabah 2010




* aku akan mengambil gambar seperti ini setiap kali balik ke kampung. Gambar diambil di bawah rumah di suatu sudut yang nyaman.





* Bersama nenda tercinta.




Seperti aktiviti tahunan, aku akan balik ke kampung halamanku di Sabah bersama ibu, isteri , adik dan anak-anak.Sedikit berlainan pada kali ini kerana kebetulan sepupuku melangsungkan perkahwinan dan majlis disambut dengan penuh meriah dan beradat.

Isteriku baru pertama kali menyaksikan adat perkahwinan keluargaku , begitu amat terpesona dengan budaya masyarakat Sabah apabila melangsungkan perkahwinan.

Kenangan yang paling indah semasa balik ke Sabah, apabila melihat nenekku ketawa mengenangkan kisah "kecurian bambangan 2009"...
Nenekku sentiasa ketawa semasa beliau bersendirian mengenangkan kisah lucu tersebut...




Nak dijadikan cerita, aku bersama anak isteri serta ibu pergi ke pasar tamu. Ibuku telah membeli lebih kurang 5 biji buah bambangan untuk dibawa pulang. Sementara membeli barang-barang lain, ibuku tinggalkan buah berkenaan di bawah gerai tuan punya buah untuk diambil pada waktu yang lain.
Masa tu aku berada di tempat lain. Apabila bertemu ibuku, lantas dia menyuruhku membawa pulang buah berkenaan sambil menunjukkan gerai yang jelas dapat kulihat dari jauh.
Tanpa membuang masa, aku menghampiri gerai tersebut, dan mengambil buah bambangan yang diletakkan di bawah gerai untuk dimasukkan ke dalam but kereta.
Kebetulan tuan punya kedai tidak perasan kehadiranku.
Apabila sampai di rumah , aku meletakkan buah berkenaan di dapur. Makcik ku yang berada di dapur terus bertanya kepada ibuku yang berada di ruang tamu.


Makcik : "Berapa harga buah bambangan nih?"
Ibu :"RM8!!.
Makcik : Semua ni RM 8?!!
Ibu : ye lor....
Makcik : Murahnya!!!!!
Ibu : Biasa jer...


Apabila ibu ke dapur, alangkah terkejutnya mendapati seguni buah bambangan di dapur. Padahal, ibu beli 5 biji je...


Aku secara kesilapan taknikal , telah mengangkut kesemua buah bambangan yang berada di gerai berkanaan.

Makcikku yang sentiasa kelam kabut amat terperanjat dan kedengaran hilaian ketawa nenekku yang mendengari perbualan tersebut..


Pada minggu kedua, makcikku telah bertemu semula dengan penjual dan penjual berkenaan mengakui kehilangan dan kerugian buah bambangan pada minggu lepas. (Masa tu aku dah balik KL)...dan makcikku telah membayar ganti rugi....




* buah bambangan seakan akan buah macang, enak dimakan, dihiris dan dan diletekkan di dalam mangkuk yang mengandungi kicap dan lada.. Sesuai dimakan semasa makan nasi..