Saturday, July 10, 2010

PIALA DUNIA HAMPIR TIBA KE KEMUNCAKNYA



Piala dunia bakal melabuhkan tirainya apabila perlawanan Tempat ketiga, dan juga penentuan juara pada hari Isnin 2.30 pagi ini, bakal dimulakan.
Tidak kira siapa yang juara, ia hanyalah hiburan semata-mata.
Piala dunia kali ini menampilkan penentuan juara antara pasukan Belanda dan Sepanyol. Aku memang meminati pasukan Spain ketika berumur lebih kurang 17 tahun lagi. Masa tu, penyerang terkemuka Spain adalah Kiko Narvaez. Kemudian , tokoh bolasepak Spain bersilih ganti seperti Luis Enrique, Fernando Hierro, Serige Barjuan, Raul Gonzalez, Zubizaretta dan lain-lain. Penyerang sensani Spain pada masa kini ialah David Villa dan Fernando Torres. Pasukan Spain kali ini memiliki ramai pemain berkualiti yang bermain dalam setiap posisi.
Piala Dunia kali ini menarik perhatian ramai kerana kehadiran sotong kurita yang telah meramalkan 6 perlawanan dengan begitu tepat. Mungkin ia ada kuasa saintifik yang kita tidak boleh jangkakan kerana ilmu AlLah terlalu luas. Mungkin jua hanyalah nasib. Yang penting, janganlah kita menjadi khurafat atau syirik atas perlakuan makhluk tuhan. Yang penting, AlLahlah yang maha mengetahui qada' dan qadar sesuatu kejadian.
Menang dan kalah adalah adat permainan. Kita jangan lupa juga menyokong pasukan negara kita Malaysia yang tidak begitu kurang hebatnya pada masa lampau dan juga kini...

No comments: