Wednesday, April 21, 2010

Selamat Hari Lahir Ma... yang ke 54..





18 APRIL ~ Hari lahir Ma , merangkap ibu mertua ku. Seorang yang tegas tetapi penyayang. Pandai masak nasik, pandai uruskan anak-anak cucu. Pandai bercucuk tanam dan juga pandai memandu kereta. Hari ni aku lega tengok ibu kepada isteriku dapat mengecap kebahagiaan. Dia, Abah dan AlLah sahajalah yang tahu mengenai perit pahit kehidupan lampau beliau sebelum mengecap kebahagiaan sekarang. AlLah itu maha mengasihani hamba-hambanya. Seperti jua ibuku, aku harap agar detik-detik kegembiraan dan kebahagiaan, sentiasa menyelubungi beliau walau di masa dan keadaan mana sekalipun.
Hari ini kita lihat seorang hamba tu senang dengan kebahagiaannya. Tetapi kita belum tentu dapat menyelami kepayahan seseorang hamba itu ketika beliau dalam kesusahan. Bangun pukul 4 pagi untuk menyediakan lauk pauk, membasuh pinggan, menyediakan makanan, bersengkang mata pada tengahari untuk menjaga kedai. Bukan tujuan untuk berseronok, tetapi untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan anak-anak supaya lebih senang daripada beliau sekarang...
Semoga AlLah sahaja yang dapat membalas keperitan hidup lampau kepada ibu mertuaku ini.
Amin...

1 comment:

Mcno said...

19 April sebenarnya birthday Ma...betul tu, Ma byk berkorban utk anak2nya...memang tak dapat balas jasa Ma...semoga Ma dan Abah hidup bahagia sehingga akhir hayat di samping anak menantu dan cucu2nya.... We LOVE U, Ma.