Wednesday, December 16, 2009

Cuti-Cuti Fraser





Dah lama tak pegi jenjalan. Maklumlah dekat-dekat hujung tahun ni , banyak sangat kerja yang perlu diuruskan. Nasib baiklah sempat juga mencuri masa sehari dua bercuti di tempat yang tak berapa jauh. Bukit Fraser.
Ingatkan pegi ikut Raub, tapi orang kata Raub tu jalan tak elok. So , kena ikut nasihat kawan-kawan supaya mengikuti jalan ke Ulu Yam atau juga Tg Malim, kemudian ke Kuala Kubu.
Sampai K.Kubu, jangan lupa isi minyak full. Kat atas, tiada stesen minyak. Kalau nak naik ke atas, pada satu tahap perjalanan, kena bergilir-gilir ikut jadual turun bukit atau naik. Jangan naik masa malam, nanti susah..

Kelebihan
Tempat yang indah dan bersih.
Nyaman, tak payah pasang pendingin hawa.
Bagus untuk bulan madu.
Bagus untuk main golf.
Ada tempat naik kuda dan memanah.
Bagus untuk buat makan makan dan berkhemah.
Ada taman-taman.

Kekurangan
Jalan nak ke air terjun sempit dan menakutkan.
Tak banyak tempat-tempat "happening".
Kalau hujan, kabus menjadi tebal, menyukarkan pandangan tapi OK.
Jalan bengkang bengkok, boleh muntah wooo....


2 comments:

Zawiyah said...

wah..cuti2 mesia..mana best fraser hill ngan bukit tinggi? kat fraser tido kat mana? mana tau kami nak pi satu ari nanti..tp mikirkan jalan yg sempit tu..mcm kena fikir byk kali je la.

Anonymous said...

Bukit Tinggi tu mcm mahal sikit. Ala Italiano sikit.. Bukit Fraser ok utk honeymoon. Penginapan pun ok. Ala.. jln sempit takpa. Honda ok. heheh