Fuh, tak sangka pula ada perkampungan Francis dan Jepun di Bukit Tinggi ni. Cantik tempat dia. Mungkin jadi cantik sebab bangunan dia ala-ala bangunan lama. Tidak hairanlah ramai yang mengunjungi tempat ni untuk berbulan madu.. Tapi sayang ia agak kecil. Taklah luas mana tapi kena bayar RM 10 (dewasa) untuk pergi ke sini. Berbaloi? Mungkin la berbaloi ditambah dengan perkampungan Jepun di sebelah lain.
Sekiranya pergi ke sini, tujulah ke arah Colmar. Dapatkan parking anda dan jalan-jalanlah ke situ. Lepas tu naik shuttle tractor (hehehe) ke Perkampungan Jepun. Kalau naik kereta sendiri ok juga tapi pastikan kenderaan anda kenderaan yang bagus kerana ketinggian untuk ke Perkampungan Jepun adalah terlalu tinggi. (mungkin sehingga tahap 55 darjah). Gayat juga bila nak sampai ke sana...
No comments:
Post a Comment