Sunday, January 25, 2009

SELAMAT HARI ASSYURA





Sehari sebelum hari raya Cina, aku terpanggil oleh Pak Sedara Aku PakNgah Zain yang berada di Jln Kelantan untuk menjayakan
hari Assyura..
Aku tak berapa clear permulaan hari assyura, nanti kalau ada artikel, aku akan bagitau mengenai latar belakang dan sambutan syura..
Yang aku tau, kacau syura.. sejenis bubur yang ber adik beradik dgn dodol... nak kacau kuih sugho (kata org kelantan).. dari kul 8 pagi sampai 7 ptg baru siap.... Lama betul...

PakNgah ni adalah antara paksedara yang paling pemurah dlm famili. Makanan berlambak-lambak pastu selalu jamu kat orang tak kira masa tak kira siapa. Patut la murah rezeki dia... Isteri dia (MakNgah) pun sekepala. Caring & humble, kerja senior officer LHDN. Tapi cara hidup dan pakaian , sempooii je... 

So, no wonder la they all live happily ever after. Nikmat Tuhan tak semestinya wang ringgit. Kemanisan iman, Kebahagiaan, kesihatan, kewangan , dan lain-lain tu semuanya datang dari AlLAh..
Aku terbaca blog batch aku KNO, dia kata mengenai keajaiban rezeki.
"Kalau kita dapat gaji hari ni, mmg rezeki kita, tapi pada hari yg sama, tayar kereta kita pancit. Kita pun pegi workshop untuk tampal tayar dsb. Kita bagi duit sebahagian duit gaji kita tu untuk upah kat makenik tayar. So, apa rezeki yang kita dapat, bukan sepenuhnya untuk kita, kadang-kadang adalah untuk orang lain....."

fikir sajalah...


2 comments:

fen said...

Good idea

Funny Aircraft ,Funny Animals Video,Funny Babies ,
Funny Cars ,Funny Cartoon ,Crazy Movies ,Funny Friends ,
Funny Sports ,Funny Wedding Parties ,
funny pictures,funny jokes,free videos,free movies.free music,
free download,music video,comedy,stupid

http://www.funnyvideotoday.com/

serunding said...

ncskfjksdhf