Hujan yang turun. Minyak yang naik
Hari ini 3 September 2013, hujan turun dengan sederhana tetapi lama... Hujan turun membawa rahmat. Tetapi pada hari ini diumumkan oleh 'orang politik' bahawa harga minyak telah dinaikkan. Aku tak boleh percaya dah pada orang politik sebab hari tu sebelum pilihanraya kata lain. lepas pilihanraya cakap lain. Hari ni cakap A esok cakap B. Dari kecil kita diasuh agar jangan bohong nanti berdosa. Belajar agama tentang ciri-ciri orang munafik ialah apabila berjanji ia mungkir, apabila bercakap ia dusta. Di dunia bolehla kau lepas. Tapi di akhirat kelak, balasan yang menimpa. Mereka sewenang wenangnya memanipulasi rakyat jelata tanpa memikir dosa dan pahala. Macamana negara kita nak berkat ?
Nampak remeh minyak naik tetapi lihatlah beberapa hari akan datang kita akan didatangi dengan kenaikan harga beratus ratus barangan yang sudah tentu membebankan rakyat terutama rakyat yang miskin di kota.
Semoga AlLah membalas perbuatan mereka. Amiiin...
Fakta menarik hari ini :
- hujan turun dengan lebat pada hari ini.
- minyak naik 20 sen pada hari ini
- road tax aku mati pada hari ini. takleh renew sebab sistem 'mati' atau off line
- birthday anak aku pada hari ini. Semoga beliau tabah mengharungi perjalanan hidup akan datang.
Marilah generasi baru agar menjaga negara kita, rakyat kita supaya hidup dalam aman dan selesa semoga berjaya di dunia dan di akhirat.. Amiiiin....