Sudah sekian lamanya watak penting BCA tidak berkumpul bersama. Mengimbas kenangan waktu bersama di UiTM dulu mengharungi suka duka pelajar ijazah sarjana muda sepenuh masa. Banyak aktiviti yang telah kami bangunkan dan meriahkan termasuklah sukan antara fakulti yang pertama di sana. Kini masing -masing dah ada kerja dan keluarga. Mujurlah ada raya. Masa ni lah berkumpul bersama dgn topik yang banyak menyentuh tentang kesihatan.. maklumlah dah tak secergas dahulu.. anehnya pertemuan kami ni seolah-olah seperti dirancang bilamana datang pada masa yang hampir sama.. what a beautiful coincidence. .
Saturday, August 31, 2013
Thursday, August 22, 2013
Jamuan kursus
Siapa yang menjadi anggota kerajaan ataupun swasta pasti menunggu nunggu kejutan jamuan hidangan semasa kursus. Aku berkursus hari ni. Wahh... pertama kali aku makan roti jala berkuahkan serawa durian. Unik, ringkas tetapi sedap...
Tuesday, August 20, 2013
Kelemahan telefon pintar...
Apabila wujud telefon pintar atau smartphone terasa kerenggangan hubungan antara keluarga.... aku juga tidak terkecuali... aku terasa komunikasi aku dengan anak-anak semakin kurang.. bukannya apa. Anak yang ralit atau leka menggunakan smartphone ibubapanya dengan melayari youtube dan menggunakan aplikasi permainan. .. hampeh... khusyuk pulak tu. Aku tanya sepatah dijawab sepatah... kena buat sekatan had masa ni... had masa menggunakan telefon abah dan umie untuk tujuan hiburan...
Sunday, August 18, 2013
Beraya di Rembau most wanted
Hari ni aku pegi beraya di rumah sahabat baik di Rembau Negeri Sembilan. Betapa tenangnya rumah dia yang jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota. Berdekatan dengan rumah beliau ada satu tempat perkelahan yang sempat kusinggahi. Nyaman.. aku akan ke sini lagi nanti..
Saturday, August 17, 2013
Hari Ahad yang sepi..
Hari ni aku bangun awal seperti biasa. Membawa anak untuk ke kedai basuh kereta automatik. Jimat masa. Tak payah tunggu lama...