Oh mari-mari bersama
ke pasar malam di sana
ramai orang sentiasa
tak kira tua dan muda
ku ingin beli makanan
pisang goreng apam balik
pau sate juga buahan
untuk ibu juga adik
Thursday, March 17, 2011
Thursday, March 3, 2011
CAMERON HIGHLANDS
Ni kali kedua saya mengunjungi Cameron highlands. Kena pergi dua kali, baru best kot..
Masa saya pergi, kalau dari KL atau selatan dan juga utara, eloklah pergi melalui Simpang Pulai. Walaupun sedikit jauh dan tol agak tinggi (RM 26 sehala), ia memang berbaloi kerana mood bercuti boleh dirasai hingga ke akhir percutian. Ini kerana jalannya yang kurang bengkang bengkok berbanding Tapah.
Kalau pergi Tapah dulu, bimbang lah. Mana la tau orang tua atau kanak-kanak akan berasa loya dan muntah dalam perjalanan memandangkan keadaan jalan yang sempit dan sangat berbengkang bengkok. So, nanti mood muntah dan loya tu akan terbawa-bawa dari mula berjalan hinggalah habi percutian. So, tiada maknanya kita nak jimatkan petrol dan tol dengan menuju ke Cameron Highland melalui Tapah.
Kalau balik tu, balik ikut Tapah lagi dekat dan boleh save 50km. Masa lebih kurang je lah..
Apa yang ada ?
Kat Cameron highland, saya cadangkan agar pergi ke kilang Teh Boh yang terletak di Kea Farm.
Kerana kita boleh menikmati keindahan ladang teh di sana. Restoran tu pun ada kat atas sana nuh. Tapi awas, jalannya sempit... berhati-hati.
Kat Cameron highlands sudah tentulah kita tertarik dengan penanaman strawberi. Kalau nak senang, pergi je ke sebelah Rumah Rehat Persekutuan. Di sana pun ada kebun strawberi. Harga pun boleh tahan lah..
Apa yang best kat sini ialah :
- Bawa ibu @ mertua yang sukakan bunga
- Cuaca sejuk
- Sesuai untuk berbulan madu dan juga berkeluarga
- Makanan yang murah boleh didapati di Tanah Rata.
- Jagung mutiara
Yang tidak best ialah :
- Jalan bengkang bengkok
- Tak sesejuk dahulu
- Makanan sayuran semakin mahal
- Jalan sesak sebab pelawat meletakkan kenderaan di tepi jalan. Tak boleh dah nak dielakkan.
- Kedai tutup awal
- Kena tipu dengan jualan 'epal jambu'.
Subscribe to:
Posts (Atom)