Friday, August 27, 2010

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL QUR'AN


Diriwayatkan dari Aisyah, Ummul mukminin ra. dia berkata; “Awal mula wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. berupa mimpi yang benar. Ketika itu Rasulullah S.A.W. mendapatkan mimpi yang benar seterang cahaya pagi, kemudian beliau senang berkhalwat (menyepi). Beliau berkhalwat di gua Hira untuk beribadah selama beberapa malam sebelum beliau kembali kepada keluarganya. Rasulullah S.A.W. membawa perbekalan makanan untuk berkhalwat, lalu beliau pulang menemui Khadijah untuk mengambil perbekalan lagi, sehingga ketika berada di dalam gua Hira beliau tiba-tiba mendapat wahyu. Beliau didatangi malaikat Jibril yang mengakatan “Bacalah!” Rasulullah S.A.W menjawab, “Aku tidak bisa membaca”. Kata Rasulullah S.A.W: “Lalu malaikat itu memelukku keras-keras sehingga nafasku terasa sesak, kemudian dia melepaskanku, lalu dia katakan lagi, “Bacalah!” Aku menjawab “Aku tidak bisa membaca”. Dia memelukku lagi lagi (kedua kalinya) dengan keras sehingga nafasku terasa sesak, lalu dia melepaskanku, kemudian dia membacakan,


Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Tuhanmulah yang maha pemurah”, (QS.Al-laq: 1-3)


Kemudian Rasulullah S.A.W. pulang membawa wahyu dengan hati yang penuh ketakutan. Beliau menemui Khadijah binti Khuwaylid ra. Kata beliau, “Selimutilah aku! Selimutilah aku” Maka keluarga Nabi S.A.W. menyelimuti beliau sehingga rasa takut beliau hilang. Beliau ceritakan kepada Khadijah peristiwa yang telah beliau alami. Kata beliau, “Aku takut akan terjadi sesuatu pada diriku”. Khadijah menjawab. “Demi Allah, tidak akan terjadi apa-apa. Allah tidak akan membuatmu hina, karena engkau selalu menyambung sanak kerabat, menolong fakir miskin, menghormati tamu dan membantu orang-orang yang tertimpa musibah”. Khadijah mengajak Nabi S.A.W. pergi untuk menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul ‘Uzza, sepupu Khadijah. Waraqah adalah orang yang beragama Nasrani pada masa Jahiliyah dan pernah menulis kitab Injil dalam bahasa Ibrani sebanyak yang dikehendaki oleh Allah. Ketika itu Warakah sudah tua dan buta. Kata Khadijah, “Hai sepupuku! dengarlah kata sepupumu ini (Muhammad) ini!”

Waraqah bertanya kepada Nabi S.A.W ., “Hai sepupuku! Apa yang kau alami, lalu Waraqah mengatakan apa yang telah kau alami, Rasulullah menuturkan kepada Waraqah apa yang telah beliau alamai, lalu Waraqah mengatakan kepada beliau, “Dia itu An-Namus (Jibril) yang juga telah diutus oleh Allah kepada Nabi Musa. Betapa seandainya aku masih muda dan masih hidup ketika nanti kaummu mengusirmu!” Rasulullah S.A.W, bertanya, “Apakah mereka akan mengusirku?” Waraqah menjawab, “Ya. Tidak ada laki-laki yang menyampaikan wahyu seperti yang kau bawa ini melainkan akan dimusuhi. Seandainya aku masih hidup ketika nanti kau diusir niscaya aku akan membelamu dengan segenap kemampuanku”.

Tidak lama kemudian Waraqah wafat dan wahyu pun tidak turun dalam beberapa waktu.

(HR. Bukhari, hadits no.3)

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.. SEMOGA AKU INSAF...

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan

dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)


Rasulullah s.a.w bersabda :

“Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya,

bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi

Allah daripada aroma (haruman) minyak kasturi”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1894)


Rasulullah s.a.w bersabda :

“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari,Kitab al-Shaum – no: 1896)


Abu Umamah r.a berkata:

“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”

(Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)


Sabda Rasulullah s.a.w :

“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”

(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)


Sabda Rasulullah s.a.w :

“ Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-KU dan AKUlah yang memberi pahala puasanya”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas – no: 5927)


Al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani r.h berkata mengenai hadis di atas:

Ibadah puasa ini dianggap sebagai ibadah khusus untuk Allah kerana ia bebas daripada unsur riak. Ini kerana, perlaksanaannya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Orang yang sedang berpuasa dan orang yang tidak berpuasa sama sahaja dari segi luarannya. Berbeza dengan ibadah seperti solat, membaca al-Quran, berzikir atau bersedekah yang mana perlaksanaannya dapat dilihat secara terbuka dan membuka ruang timbulnya perasaan riak. Oleh itu al-Imam al-Qurtubi r.h berkata: Disebabkan semua amal perbuatan yang ada ini dapat dimasuki unsur riak, sedangkan puasa itu hanya dilakukan semata-mata kerana Allah, tidak hairanlah Allah menisbbahkan puasa itu kepada diri-Nya”

(Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Baari, jilid 11, halaman 20)



Sebar-sebarkanlah risalah ini. Rasulullah s.a.w bersabda

“Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan

memperoleh pahala (sama) seperti pelakunya ”

(Diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Baihaqi

dan at-Thabrani daripada Ibnu Mas’ud al-Badri r.a)


thanks to Mohd Hairi Nonchi

Monday, August 9, 2010

Zoo Negara Sebelum Puasa












Macam biasa la desakan anak-anak mengajak ibubapa untuk pergi ke ... zoo negara..
Macamana la pula anak-anak boleh bangun dengan bingkas pada awal pagi untuk menyatakan persediaan ke zoo negara.
Walau bagaimanapun, kami akur dengan permintaan mereka dan terus ke sana.

Tiket dah mahal la sekarang.. RM 20 untuk dewasa , kanak-kanak (3 tahun dan ke atas) RM 6.
Kalau nak pegi taman serangga dalam zoo, kena tambah RM 5 seorang.....haiyyyaa!!!!
Naik trem RM 3 dewasa, RM 2 kanak-kanak.
Kalau nak kurus, jangan naik trem.

Kitorang round dulu dengan kaki, kemudian naik trem untuk mengelilinginya buat kali kedua. Sambil menaiki trem, terdengar perbualan lancang pemandu trem.

"RM 20 ni taklah mahal sangat kalau compare dengan negara lain seperti Singapore dan lain-lain."
Zoo kita antara terbesar di Malaysia. Kalau diikitraf, silap-silap jadi zoo bertaraf dunia dan harga tiket akan melambung lebih tinggi untuk mengekalkan standard," katanya.

Bila balik ofis, cerita kat bos, dia kata , " Eleh.. kat luar negara, walaupun mahal, tapi bebaloi dan sehari dua pusing pun tak habis". kata bos aku dengan sambil menyengetkan bibir tanda kecewa terhadap harga zoo.

Nak ke sana, senang sahaja. Cari la highway DUKE atau MRR2. Zoo Negara berada di sekitar Malawati atau Ulu Klang.


Pada pendapat saya,
  • Zoo Negara boleh tahan, tapi biasa je la dan sama la suasana zoo seperti zoo Melaka, Taiping , Krai dan lain-lain.
  • Dari tahun 80 an, hinggalah sekarang, rasa macam sama je...perasan tak?
  • Zoo Negara kena buat lain dari yang lain seperti A Famosa Melaka.
  • Cari sponsor atau sukarelawan lagi.
  • Berilah sedikit cenderamata kepada pengunjung seperti 'sprong' kata orang kelantan. (Teropong kanak-kanak)
  • Sediakan air free ke, jajan ke, ada badut ke dll.

Monday, August 2, 2010

EPF TREASURE HUNT (KUALA LUMPUR - TELUK BATIK)







31 JULAI 2010 - 4 sekawan telah menyertai program Treasure Hunt 2010 anjuran KWSP Malaysia. Pertama kali menyertainya, tanpa pengalaman, berbekalkan pengetahuan, kenderaan dan juga jajan, kami pun melangkah gagah pagi-pagi buta untuk mendaftarkan diri menyertainya. Tanpa harapan dan hanya sekadar hiburan, teringin juga untuk gembira sekiranya hadiah berada digenggaman. Kami sememangnya OK. Cuma jawapan yang diberikan tidak selengkap yang dipinta oleh pihak penganjur. Jadi kami pasrah untuk balik ke Shah Alam. "Salah lebih kurang 3 je, kenapa la diorang tak boleh consider sebagai jawapan", "Kecewa Tahap Cipan! " kata salah seorang peserta yang enggan namanya disiarkan. Kami bertolak dengan penuh kelajuan hingga mencecah 160 km/j di jalan kampung. Rexton la katakan.... Sesekali timbul ucapan 2 kalimah syahadah dihati...hehehehe... Selepas makan malam dan penyampaian hadiah, kami bergegas pulang ke pangkuan keluarga malam tu jua kerana salah seorang sahabat kami perlu menghadiri kenduri arwah di Pahang pada tengahari.. Singgah di kampung halaman seorang peserta di Manjung, terus kami memecut ke destinasi. Rumah akulah yang perlu dituju dulu memandangkan rumahku berada terasing daripada mereka yang menetap di Shah Alam.
Kesimpulan :

Jangan terlalu berharap
Jangan terlalu yakin
Cuba lagi
Jangan kecewa, bergembiralah
Pengalaman persahabatan
Gelak ketawa, cuak, tertanya-tanya, marah, kecewa dan bersemangat waja.
Terima kasih kawan-kawan kerana sudin berkongsi pengalaman dalam sebuah pertandingan..

Ayuh bangkitlah !
Untuk Treasure Hunt yang akan datang!!

BERUSAHALAH SAKURAGI !!!!