Monday, March 29, 2010

Ribut Di Kampung Saya






Semalam aku balik kampung halaman. Seperti yang dijanjikan, aku akan membawa anak-anak untuk bermandi di pantai dan bermain layang-layang. Tapi ia tidak kesampaian kerana ribut melanda..
Ombak tinggi, angin kencang dan air pasang membuatkan saya tidak berani mengambil risiko membiarkan anak mandi di sana..

Saturday, March 6, 2010

MARI MEMUKAT




Mari memukat di kampungku Bachok. Di antara bulan Feb - Mei, air laut biasanya tenang dan banyak ikan dan juga udang.
Aku berpuasahati juga dengan hasil tangkapan abah. Ikan selangat sedap dimakan, begitu juga ikan gelama, enak dibuat ikan goreng dan juga ikan kering. Udang pun ada juga. Esok aku balik KL. Nak cari alatan memancing kalau ada. Aku nak cuba memancing pula. Mana la tau dapat ikan tenggiri.

Kelebihan
Selamat
Tiada publisiti. So, tempat lagi bersih la..

Kekurangan
Awas. hati-hati dengan paloh yang boleh membawa maut.
Tiada publisiti.