Saturday, January 23, 2010
Semoga rohnya dicucuri rahmat..
Kemangkatan Sultan Johor pada hari 22 Jan 2010 telah meninggalkan perasaan hiba dan sayu dikalangan rakyat jelata khususnya rakyat negeri Johor. Seorang Sultan yang berjiwa rakyat dan tegas, menjadikan Almarhum seorang yang dikenali di serata dunia.
Aku pun ada terasa sedih atas kehilangan Baginda. Memang la kerana suatu masa dulu aku pernah bekerja di Johor. (2001-2006).
Antara memori yang berkaitan dgn Almarhum pada waktu itu ialah semasa bermain bola sepak di padang polo. Padang polo yang terletak di dalam kawasan pagar Istana Johor berdekatan dengan Stulang. Semasa bermain bola, aku terdengar bunyi siren menandakan kedatangan Almarhum dari luar utk masuk ke kawasan istana. Kami diarahkan oleh polis pengiring agar berhenti bermain bola, manakala yang tengah duduk, dikehendaki berdiri. Apabila Almarhum masuk ke dalam kawasan istana beliau, serta merta MPV hitam besar berkenaan berhenti seketika. Kami menjadi kaget. Rupa-rupanya, Baginda hanya bertanyakan khabar mengenai permainan bola yang berlangsung. Senyuman terukir pada salah seorang yang disapa baginda. Hati kami semua menjadi lega. Setelah beredar, permainan pun diteruskan. Masa tu , KWSP Johor vs kelab bola Cina. KWSP Johor menang 1-0 dengan jaringan bergaya penulis blog ini sendiri. Huhuhu... masa tu boleh la sebab aku kurus. Sekarang nak berlari pun belum tentu..
Apa-apa hal, Sultan Iskandar adalah salah seorang Sultan yang terbaik antara terbaik di Malaysia..
Subscribe to:
Posts (Atom)