Tahniah Negeri Sembilan kerana berjaya menjulang Piala Malaysia. Buat peminat Kelantan, bersabarlah setahun dua, waktu anda akan muncul jua suatu hari nanti.
Kronologi Piala Malaysia.
- Pagi - Kehadiran penonton dari jauh terutama Kelantan mulai dirasai. Jalanraya telah sesak seawal jam 11 pagi.
- 2 petang- Penonton telah membanjiri perkarangan stadium utk membeli belah dan berjumpa sahabat handai.
- 4.30 petang - Hujan lebat tidak mematahkan semangat penonton untuk menyokong pasukan mereka.
- 6.00 petang - Hujan telah kembali reda dan ada penonton yang telah memanjat pagar stadium untuk masuk termasuklah bayi berumur 2 tahun.
- 7.00 petang - Ada pintu pagar yang pecah. Dikhabarkan 1000 orang telah berjaya masuk. Polis berjaya mengawal keadaan.
- 8.00 malam - Sorakan peminat menggamatkan stadium diikuti dengan susulan bunyi mercun yang kuat.
- 9.00 malam - Perlawanan bermula. Negeri Sembilan mendahuli Kelantan dengan gol pertama akibat pemain pertahanan kiri Kelantan yang kerap melakukan kesilapan.
- 10.30 malam - Penonton Kelantan telah mula menyusut akibat kecewa dengan pasukan mereka. Ada yang telah meninggalkan bangku penonton dan ada yang telah membakar kerusi stadium dan juga membaling botol ke arah padang.
- 10.45 malam - Perlawanan berakhir.
- 12.00 malam - Bantu adik mengemaskan barang-barang jualan. Air tak laku sangat, cuma baju / jersi yang mendapat permintaan tinggi.
- 1.30 malam - Balik rumah. Penat dan kecewa. Semoga tahun depan, ia milik Kelantan...
Adegan Menarik
- Penonton panjat pagar stadium, masuk ke dalam, kemudian jual tiket murah RM 5. Sebelum tu, ada yang jual tiket kat stadium RM 70.
- Laku jual baju dan air tin. Air mineral tak laku.
- Hujan lebat.
- Pagar stadium runtuh.
- Mercun sabung menyabung. Nasib baik duduk kat atas.
- Gol Indera Putera memang cantik. (Free kick)
- Sms bertalu talu mengutuk Kelantan.
- Kerusi terbakar.
- Ada penonton N9 kena belasah bila lalu depan penonton Kelantan.
- Ada yang kena tangkap.
- Helikopter berlegar-legar terasa diri seperti Grand Theft Auto.
- Mengaut keuntungan hasil jualan laaa... hehehehe