Friday, March 27, 2009

EARTH HOUR


Malam ini. 28.3.2009 pada jam 8.30mlm-9.30 mlm, marilah kita sama-sama tidak membuka lampu dan tv untuk menyatakan sokongan padu kita kepada....
EARTH HOUR

Tuesday, March 24, 2009

Serunding@Tanjung Aru

Panorama yang paling bermakna pernah aku lihat... Gambar yang aku ambil ni melambangkan kegigihan seseorang mencari matlamatnya. Tanpa putus asa, dia masih lagi berusaha untuk mendapatkan rezeki untuk diagih-agihkan kepada keluarga tercinta.

Monday, March 23, 2009

KWSP umum dividen 4.5%

23/3/2009, KWSP telah mengkreditkan dividen 2008 ke akaun tabungan ahli dengan kadar 4.5%, iaitu kadar yang lebih rendah dari tahun sebelumnya memandangkan keadaan ekonomi global yang menguncupkan perolehan pelaburannya..
Ok lah dapat 4.5%. Ada masa kat bawah, dan ada masa kat atas.. Yang penting, kesyukuran terhadap tabungan kita semasa hari tua.

Tuesday, March 17, 2009

serunding@TamuKotaBelud

Alatan muzik tradisional, gong yang dijual kepada pengunjung.


Patung monyet hiasan yang diperbuat dari buah kelapa


Warga tempatan yang bermain sompoton


Tamu

Tamu ni terletak di Kota Belud. Sejenis pasar pagi yang diadakan pada hari Rabu dan Ahad. Masa aku kecik dulu, diadakan pada hari Ahad sahaja. Oleh kerana keadaan ekonomi tempatan yang pesat membangun, maka ia diadakan 2 kali seminggu disamping meningkatkan jumlah pengunjung dan pelancong yang datang dari dalam dan luar negara. Kat tamu ni macam-macam barang yang dijual. Dari barang basah sehinggalah sebesar-besar kerbau dan lembu. Warung makan pun ada di sini. Di sini jugalah pusat petani-petani berkumpul, menjual parang, alatan tradisional, ubatan dan kuih muih. 
Terletak 2km dari pekan Kota Belud. Kalau dari pekan, nak jalan kaki , tampak jauh, naik pick up dikenakan bayaran RM 1 sahaja..

Kelebihan
Barang yang banyak dan murah.
Nyaman, banyak pokok-pokok besar yang melindungi pengunjung dari cahaya terik matahari.
Parking yang banyak dan luas.

Kekurangan
Kadang-kadang anjing berkeliaran di sekitar tamu. Kena waspada pada keadaan sekeliling agar tidak disentuh oleh anjing...
Kalau hujan, gerenti becak punya..

Apa laga, jom la pegi tamu....
Beli apa ?
Beli bambangan satu guni. 
hahahahaha


Thursday, March 12, 2009

serunding@Kampungku


ni kawasan sawah tempat aku memancing..



Rumah Bapa Saudara di tepian sawah



Pemandangan di belakang rumah nenek di tepi bangsal buruk



Tempat mak aku dibesarkan. Masa kecik kecik dulu aku selalu bermain di sini. Memancing di sini. Angin yang kuat. Cuaca yang baik dan kedinginan air perigi yang menyucuk tulang di waktu pagi.

Serunding@Simpang Mengayau, Kudat, Sabah


Pertemuan Laut Sulu dan Laut Cina Selatan



Simpang Mengayau


Ni tempat yang bermakna kalau siapa-siapa yang pergi. Terletak di Kudat. Paling atas sekali. Kalau orang kata, kata paling atas Tanduk Kucing. Kat sinilah pertemuan antara Laut Sulu dan Laut Cina Selatan. Jarak dari Kota Belud ialah 115 km. Hati-hati di jalan raya bila nak pegi ke Kudat. Banyak jalan runtuh.. Pemandangan menarik sepanjang perjalanan.
Kat Simpang Mengayau ni banyak cacing tanah yang agak besar-besar la... Ikan puyu memang confirm takut nak makan.
Paling sesuai nak pegi Simpang Mengayau adalah pada sebelah petang. Boleh lihat pemandangan matahari terbenam..


Kelebihan
Pantai yang sangat cantik
Tenang dan segar
Kalau orang tanya, kita cakap dah sampai sana..
Barang murah lagi la..

Kekurangan
Jalan yang agar berbatu boleh menggusarkan pemandu sama ada betul ke tempat ni atau tidak
Surau jarang kelihatan sepanjang jalan. Gereja banyakla..


Posted by Picasa

Wednesday, March 11, 2009

serunding @ sabah AKA kampung





Pada 27 hb Mac 2009 bersamaan Jumaat, Serunding telah kembali ke kg asal atau wilayah asal yang dinamakan Sabah. Maksu yang menyambut ketibaan kami pada jam 3.30 ptg. Jarak dari KL adalah beribu-ribu km. Kampung Serunding actually kat Kota Belud. Jaraknya lebih kurang 50km dari Kota Kinabalu. No need  to go by flight. Naik kereta pun dah ok dah...Tapi pada hari tersebut, ibu memutuskan agar kami tidur dulu di KK. Esok barulah balik ke kampung..

Kat Kota Belud macam-macam ada...