Monday, February 23, 2009

Serunding @ PD





Pada 19.2.2009, aku ajak family dan kawan2 seUITM berkelah di Port Dickson. Sambil tu kami buat BBQ pada waktu malamnya....

Ia terletak di dalam negeri dinamakan negeri Sembilan.
Terletak lebih kurang 119km dari Kuala Lumpur. So, mmg confirm jadi musafir dan boleh solat Jamak Qasar..

Wah... memang best dan privacy sebab kami ada menempah Apartment.. rasa macam pantai sendiri pulak. Yang pasti, perjumpaan dgn rakan-rakan membuatkan feel tu ada dan berkobar-kobar. Keseronokan dan pengalaman dikongsi dan diceritakan bersama....

Kelebihan
Pantai yang tenang. 
Bersih dan banyak kemudahan..
Lokasi yang tak begitu jauh dari Kuala Lumpur.
Barangan masih dijual murah.

Kelemahan
Kalau pegi Jumaat petang, mmg sesak la masa tu sebab lebuhraya Seremban sentiasa sesak masa hari Jumaat petang.
Jalan kat Teluk Kemang sedang diperbaiki.


HUTAN LIPUR KANCING

ketenangan...

bersih dan segar

sejuuukk...

Terletak lebih kurang 15km dari Kuala Lumpur. Ia menghala ke jalan lama utk pegi ke Ipoh melalui Rawang..

Kelebihan
Kat sini, agak nyaman, sesuai untuk mereka yang mempunyai anak di bawah 4 tahun. Airnya masih bersih dan segar. 
Kedudukan yang tidak begitu jauh dari ibu kota dan tidak juga sesak untuk ke sana..
Sesuai untuk bersantai di hujung minggu melihat telatah anak-anak bermain air..
Lapang.

Kelemahan
Kehadiran monyet-monyet yang sering mencuri bahan makanan pengunjung membuatkan kita sentiasa  berwaspada.


Bayaran
Hanya bayar RM 2 untuk parking kereta..


Thursday, February 12, 2009

Selamat Hari Jadi, Mie. Semoga Mie dipanjangkan umur dan murah rezeki.


Mie bersama cucunya NurAisyah di Swiss Inn Sg Petani, Kedah.
Gambar ni gambar Mie masa muda-muda dulu..
Dari kiri : abah, abang, mie, aku, Allahyarhamah Maksah dan Abecik. Gambar vintage sekitar tahun 1983 di depan rumah MakSah di Bachok, Kelantan.



Pada 12 FEBRUARI 1952, Lahirnya seorang insan yang tersayang yang bergelar Mie.
Seorang ibu yang paling penyayang, mengambil berat, pandai, bijak, penyabar, rajin, mithali dan lain-lain. Aku amat bertuah mempunyai ibu sehebat mie.
Semoga mie sentiasa dirahmati AlLah dan dipanjangkan umur serta murah rezeki bersama abah dan anak-anak, menantu serta cucu-cucu kesayangannya...