Friday, March 27, 2009

EARTH HOUR


Malam ini. 28.3.2009 pada jam 8.30mlm-9.30 mlm, marilah kita sama-sama tidak membuka lampu dan tv untuk menyatakan sokongan padu kita kepada....
EARTH HOUR

Tuesday, March 24, 2009

Serunding@Tanjung Aru

Panorama yang paling bermakna pernah aku lihat... Gambar yang aku ambil ni melambangkan kegigihan seseorang mencari matlamatnya. Tanpa putus asa, dia masih lagi berusaha untuk mendapatkan rezeki untuk diagih-agihkan kepada keluarga tercinta.

Monday, March 23, 2009

KWSP umum dividen 4.5%

23/3/2009, KWSP telah mengkreditkan dividen 2008 ke akaun tabungan ahli dengan kadar 4.5%, iaitu kadar yang lebih rendah dari tahun sebelumnya memandangkan keadaan ekonomi global yang menguncupkan perolehan pelaburannya..
Ok lah dapat 4.5%. Ada masa kat bawah, dan ada masa kat atas.. Yang penting, kesyukuran terhadap tabungan kita semasa hari tua.

Tuesday, March 17, 2009

serunding@TamuKotaBelud

Alatan muzik tradisional, gong yang dijual kepada pengunjung.


Patung monyet hiasan yang diperbuat dari buah kelapa


Warga tempatan yang bermain sompoton


Tamu

Tamu ni terletak di Kota Belud. Sejenis pasar pagi yang diadakan pada hari Rabu dan Ahad. Masa aku kecik dulu, diadakan pada hari Ahad sahaja. Oleh kerana keadaan ekonomi tempatan yang pesat membangun, maka ia diadakan 2 kali seminggu disamping meningkatkan jumlah pengunjung dan pelancong yang datang dari dalam dan luar negara. Kat tamu ni macam-macam barang yang dijual. Dari barang basah sehinggalah sebesar-besar kerbau dan lembu. Warung makan pun ada di sini. Di sini jugalah pusat petani-petani berkumpul, menjual parang, alatan tradisional, ubatan dan kuih muih. 
Terletak 2km dari pekan Kota Belud. Kalau dari pekan, nak jalan kaki , tampak jauh, naik pick up dikenakan bayaran RM 1 sahaja..

Kelebihan
Barang yang banyak dan murah.
Nyaman, banyak pokok-pokok besar yang melindungi pengunjung dari cahaya terik matahari.
Parking yang banyak dan luas.

Kekurangan
Kadang-kadang anjing berkeliaran di sekitar tamu. Kena waspada pada keadaan sekeliling agar tidak disentuh oleh anjing...
Kalau hujan, gerenti becak punya..

Apa laga, jom la pegi tamu....
Beli apa ?
Beli bambangan satu guni. 
hahahahaha