Tuesday, March 17, 2009

serunding@TamuKotaBelud

Alatan muzik tradisional, gong yang dijual kepada pengunjung.


Patung monyet hiasan yang diperbuat dari buah kelapa


Warga tempatan yang bermain sompoton


Tamu

Tamu ni terletak di Kota Belud. Sejenis pasar pagi yang diadakan pada hari Rabu dan Ahad. Masa aku kecik dulu, diadakan pada hari Ahad sahaja. Oleh kerana keadaan ekonomi tempatan yang pesat membangun, maka ia diadakan 2 kali seminggu disamping meningkatkan jumlah pengunjung dan pelancong yang datang dari dalam dan luar negara. Kat tamu ni macam-macam barang yang dijual. Dari barang basah sehinggalah sebesar-besar kerbau dan lembu. Warung makan pun ada di sini. Di sini jugalah pusat petani-petani berkumpul, menjual parang, alatan tradisional, ubatan dan kuih muih. 
Terletak 2km dari pekan Kota Belud. Kalau dari pekan, nak jalan kaki , tampak jauh, naik pick up dikenakan bayaran RM 1 sahaja..

Kelebihan
Barang yang banyak dan murah.
Nyaman, banyak pokok-pokok besar yang melindungi pengunjung dari cahaya terik matahari.
Parking yang banyak dan luas.

Kekurangan
Kadang-kadang anjing berkeliaran di sekitar tamu. Kena waspada pada keadaan sekeliling agar tidak disentuh oleh anjing...
Kalau hujan, gerenti becak punya..

Apa laga, jom la pegi tamu....
Beli apa ?
Beli bambangan satu guni. 
hahahahaha


2 comments:

cza said...

apa bambangan tu?

Anonymous said...

sejenis buah seakan-akan buah machang. lagi besar dari buah mangga. Digunakan sebagai makanan penyedap masa makan nasi..