Showing posts with label Percutian. Show all posts
Showing posts with label Percutian. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

CAMERON HIGHLANDS







Ni kali kedua saya mengunjungi Cameron highlands. Kena pergi dua kali, baru best kot..
Masa saya pergi, kalau dari KL atau selatan dan juga utara, eloklah pergi melalui Simpang Pulai. Walaupun sedikit jauh dan tol agak tinggi (RM 26 sehala), ia memang berbaloi kerana mood bercuti boleh dirasai hingga ke akhir percutian. Ini kerana jalannya yang kurang bengkang bengkok berbanding Tapah.

Kalau pergi Tapah dulu, bimbang lah. Mana la tau orang tua atau kanak-kanak akan berasa loya dan muntah dalam perjalanan memandangkan keadaan jalan yang sempit dan sangat berbengkang bengkok. So, nanti mood muntah dan loya tu akan terbawa-bawa dari mula berjalan hinggalah habi percutian. So, tiada maknanya kita nak jimatkan petrol dan tol dengan menuju ke Cameron Highland melalui Tapah.

Kalau balik tu, balik ikut Tapah lagi dekat dan boleh save 50km. Masa lebih kurang je lah..






Apa yang ada ?

Kat Cameron highland, saya cadangkan agar pergi ke kilang Teh Boh yang terletak di Kea Farm.

Kerana kita boleh menikmati keindahan ladang teh di sana. Restoran tu pun ada kat atas sana nuh. Tapi awas, jalannya sempit... berhati-hati.

Kat Cameron highlands sudah tentulah kita tertarik dengan penanaman strawberi. Kalau nak senang, pergi je ke sebelah Rumah Rehat Persekutuan. Di sana pun ada kebun strawberi. Harga pun boleh tahan lah..





Apa yang best kat sini ialah :

  • Bawa ibu @ mertua yang sukakan bunga

  • Cuaca sejuk

  • Sesuai untuk berbulan madu dan juga berkeluarga

  • Makanan yang murah boleh didapati di Tanah Rata.

  • Jagung mutiara



Yang tidak best ialah :


  • Jalan bengkang bengkok

  • Tak sesejuk dahulu

  • Makanan sayuran semakin mahal

  • Jalan sesak sebab pelawat meletakkan kenderaan di tepi jalan. Tak boleh dah nak dielakkan.

  • Kedai tutup awal

  • Kena tipu dengan jualan 'epal jambu'.



Monday, August 9, 2010

Zoo Negara Sebelum Puasa












Macam biasa la desakan anak-anak mengajak ibubapa untuk pergi ke ... zoo negara..
Macamana la pula anak-anak boleh bangun dengan bingkas pada awal pagi untuk menyatakan persediaan ke zoo negara.
Walau bagaimanapun, kami akur dengan permintaan mereka dan terus ke sana.

Tiket dah mahal la sekarang.. RM 20 untuk dewasa , kanak-kanak (3 tahun dan ke atas) RM 6.
Kalau nak pegi taman serangga dalam zoo, kena tambah RM 5 seorang.....haiyyyaa!!!!
Naik trem RM 3 dewasa, RM 2 kanak-kanak.
Kalau nak kurus, jangan naik trem.

Kitorang round dulu dengan kaki, kemudian naik trem untuk mengelilinginya buat kali kedua. Sambil menaiki trem, terdengar perbualan lancang pemandu trem.

"RM 20 ni taklah mahal sangat kalau compare dengan negara lain seperti Singapore dan lain-lain."
Zoo kita antara terbesar di Malaysia. Kalau diikitraf, silap-silap jadi zoo bertaraf dunia dan harga tiket akan melambung lebih tinggi untuk mengekalkan standard," katanya.

Bila balik ofis, cerita kat bos, dia kata , " Eleh.. kat luar negara, walaupun mahal, tapi bebaloi dan sehari dua pusing pun tak habis". kata bos aku dengan sambil menyengetkan bibir tanda kecewa terhadap harga zoo.

Nak ke sana, senang sahaja. Cari la highway DUKE atau MRR2. Zoo Negara berada di sekitar Malawati atau Ulu Klang.


Pada pendapat saya,
  • Zoo Negara boleh tahan, tapi biasa je la dan sama la suasana zoo seperti zoo Melaka, Taiping , Krai dan lain-lain.
  • Dari tahun 80 an, hinggalah sekarang, rasa macam sama je...perasan tak?
  • Zoo Negara kena buat lain dari yang lain seperti A Famosa Melaka.
  • Cari sponsor atau sukarelawan lagi.
  • Berilah sedikit cenderamata kepada pengunjung seperti 'sprong' kata orang kelantan. (Teropong kanak-kanak)
  • Sediakan air free ke, jajan ke, ada badut ke dll.

Thursday, July 22, 2010

Durian di bandar saya...





Ni dah kira berita basi - Sesekali kengkawan satu sekolah , Radin, Hidayat, Capoe ajak gi makan durian kat Chow Kit kelihatan cool juga.
Dari jam 12 tgh malam hingga ke 4 pagi. Lepak kat kedai durian. Jangan bimbang, meja dan air mineral disediakan.
Antara durian yang memang "kaw" ialah durian Chiook yo, Durian Merah Udang, Durian 101 dll.
Harga lebih kurang RM 11 sekilo. OK lah kalau setakat buat teman berborak.. Kalau nak yang mahal pun ada, Musang King la jawabnya.
Takpayah pergi jauh ke desa. Jangan lupa bawa balik kat anak bini sebagai tanda atau bukti kukuh yang kita benar-benar ke sana. Bukan ke lembah hina... hihihi

Tuesday, May 25, 2010

Sukan antara Zon KWSP di Johor Bahru






Hari Jumaat 20.05.2010 - Telah berlangsung sukan antara zon KWSP Malaysia.
Diadakan di Johor Bahru buat kali kedua sejak 2002.
Aku mewakili zon tengah dalam acara pingpong tetapi tewas kepada zon selatan dan mendapat tempat ketiga.
Kalah menang tak lah penting sangat, cuma syok bawa kawan-kawan berjalan. Iye lah, disinilah bermulanya kehidupan saya sebagai seorang anggota KWSP.
Ayat-ayat gurauan sering bermain di bibir saya semasa membawa kawan2 berjalan2 di JB. "Ini tempat gua beb! Gua dulu memang lepak sini ", "Ni empayar gua, memang orang tau ni empayar gua"...
Kekadang tu tersesat juga. Maklumlah dah lama tinggalkannya sejak 2006. Tapi ada ayat yang boleh melindungi keaiban ku daripada rakan-rakan. "Aik! dulu tempat ni takda, sekarang dah ada".
Aku terkilan juga kerana tak sempat melawat rakan-rakan sepejabat dahulu dan juga tuan rumah macik Nab. Ini kerana aku hanya penumpang kawan, maka tak sempat nak singgah singgah.
Tidak mengapa, lain kali ada lagi..
Terlalu banyak tempat-tempat menarik di JB dan antaranya ialah :

  1. Bukit Timbalan
  2. Makan seafood di Senibong
  3. Goreng Pisang MAWAR
  4. Mi Rebus Tulang ZZ di JKR
  5. Nasi Ayam Baser di Kota Tinggi
  6. Pasar Karat
  7. Danga Bay
  8. Restoran P. Ramlee
  9. Nasi Beriyani Jln Kebun Teh
  10. Asam Pedas Kak Zie di Tmn Istimewa.

Bravo Johor Bahru!

Tuesday, May 18, 2010

FAMILY DAY AT TIARA BEACH RESORT




Hari Sabtu , ada acara Family day EPF Shah Alam di Tiara Beach Resort. Memang menyeronokkan apabila kita bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan. Menginap di apartment yang disediakan memang selesa. Tambahan pula ia memang berdekatan dengan waterpark. Kanak-kanak pun tak sabar-sabar nak mandi kat sana.

KELEBIHAN
Kalau dari KL kira dekat juga lah. Lebih kurang 97 km.
Apartment yang luas
Tempat permainan kanak-kanak memang best. Ada indoor games, video games, water park dan lain-lain.
Tempat permainan dewasa pun boleh tahan. Ada khidmat sewa basikal, kolam dewasa, sauna, terapi ikan dan lain-lain.

KEKURANGAN
Harga penginapan agak tinggi lebih-lebih lagi semasa cuti sekolah dan lain-lain.
Makanan hotel dikatakan boleh la tahan.
Ramai sangat orang kat dalam waterpark, nampak macam padat sikit..

Saturday, April 24, 2010

DPA9598 REUNION AT BAGAN LALANG







3.45 Bertolak ke Masjid KLIA utk bertemu dengan sahabat handai..
5.30 Bertolak ke Bagan Lalang. (33km dari masjid)
6.30 Sampai di HM Ikan Bakar Bagan Lalang dengan kawan-kawan.
6.50 Makan malam di sana berlatarbelakangkan pemandangan indah dan suasana damai bersama kawan-kawan.
7.45 Bergambar beramai-ramai
8.20 Bersurai..


KELEBIHAN

Pemandangan yang memang indah, pantai yang tenang.. ada tempat penginapan.
Makanan sedap la jugak kalau makan ramai-ramai..
Sesuai utk berbulan madu dan berkelah
Kalau dari KL lebih kurang 96 km, boleh solat jamak
Makanan pun murah juga la (RM 25 seorang)
Jalanraya yang baik
Papantanda arah yang lengkap.
Kemudahan surau dan lain-lain yang baik. (Surau RnR Dengkil pun cantik juga).


KEKURANGAN

Ada tempat makan yang boleh membahaykan kanak-kanak. Sentiasa jaga anak anda..
Tempat letak kenderaan yang terhad. Jangan datang semasa lepas maghrib. Susah nak cari parking. Datang la jam 630 petang, baru ok..


Saturday, March 6, 2010

MARI MEMUKAT




Mari memukat di kampungku Bachok. Di antara bulan Feb - Mei, air laut biasanya tenang dan banyak ikan dan juga udang.
Aku berpuasahati juga dengan hasil tangkapan abah. Ikan selangat sedap dimakan, begitu juga ikan gelama, enak dibuat ikan goreng dan juga ikan kering. Udang pun ada juga. Esok aku balik KL. Nak cari alatan memancing kalau ada. Aku nak cuba memancing pula. Mana la tau dapat ikan tenggiri.

Kelebihan
Selamat
Tiada publisiti. So, tempat lagi bersih la..

Kekurangan
Awas. hati-hati dengan paloh yang boleh membawa maut.
Tiada publisiti.


Wednesday, December 16, 2009

Cuti-Cuti Fraser





Dah lama tak pegi jenjalan. Maklumlah dekat-dekat hujung tahun ni , banyak sangat kerja yang perlu diuruskan. Nasib baiklah sempat juga mencuri masa sehari dua bercuti di tempat yang tak berapa jauh. Bukit Fraser.
Ingatkan pegi ikut Raub, tapi orang kata Raub tu jalan tak elok. So , kena ikut nasihat kawan-kawan supaya mengikuti jalan ke Ulu Yam atau juga Tg Malim, kemudian ke Kuala Kubu.
Sampai K.Kubu, jangan lupa isi minyak full. Kat atas, tiada stesen minyak. Kalau nak naik ke atas, pada satu tahap perjalanan, kena bergilir-gilir ikut jadual turun bukit atau naik. Jangan naik masa malam, nanti susah..

Kelebihan
Tempat yang indah dan bersih.
Nyaman, tak payah pasang pendingin hawa.
Bagus untuk bulan madu.
Bagus untuk main golf.
Ada tempat naik kuda dan memanah.
Bagus untuk buat makan makan dan berkhemah.
Ada taman-taman.

Kekurangan
Jalan nak ke air terjun sempit dan menakutkan.
Tak banyak tempat-tempat "happening".
Kalau hujan, kabus menjadi tebal, menyukarkan pandangan tapi OK.
Jalan bengkang bengkok, boleh muntah wooo....


Friday, August 21, 2009

Singgah di Colmar dan Rumah Jepun, Bukit Tinggi






Fuh, tak sangka pula ada perkampungan Francis dan Jepun di Bukit Tinggi ni. Cantik tempat dia. Mungkin jadi cantik sebab bangunan dia ala-ala bangunan lama. Tidak hairanlah ramai yang mengunjungi tempat ni untuk berbulan madu.. Tapi sayang ia agak kecil. Taklah luas mana tapi kena bayar RM 10 (dewasa) untuk pergi ke sini. Berbaloi? Mungkin la berbaloi ditambah dengan perkampungan Jepun di sebelah lain.
Sekiranya pergi ke sini, tujulah ke arah Colmar. Dapatkan parking anda dan jalan-jalanlah ke situ. Lepas tu naik shuttle tractor (hehehe) ke Perkampungan Jepun. Kalau naik kereta sendiri ok juga tapi pastikan kenderaan anda kenderaan yang bagus kerana ketinggian untuk ke Perkampungan Jepun adalah terlalu tinggi. (mungkin sehingga tahap 55 darjah). Gayat juga bila nak sampai ke sana...


Tuesday, August 18, 2009

Family day di Selesa Hills Home



Selesa Hills Home

SELESA HILLS HOME BUKIT TINGGI

Tempat yang best dan tenang untuk buat family day dan buat kursus. Ofis buat family day hari tu kat tempat ni. Tak jauh dari KL. Berdekatan dgn Genting Sempah. Tak sampai pun dua marhalah. Tempat yang nyaman dan mempunyai kolam renang yang best.

Kelebihan
Dekat dari Kuala Lumpur (setengah jam sahaja).
Tempat persekitaran yang bersih dan nyaman.
Privacy.
Swimming pool yang luas untuk kanak-kanak dan dewasa.
Kemudahan yang lengkap.
Pengurusan yang bagus.

Kekurangan
Rumah kediaman yang tiada lif.
Parking tidak berbumbung bagi yang menginap sehari dua je berbanding yang menginap tetap.
Bilik tak sama level dengan ruang tamu. Maknanya , ada bilik yang duk kat atas tapi ruang tamu kat bawah dan sebaliknya.


Posted by Picasa

Friday, April 24, 2009

Serunding@TmnKLCC







Sesekali kalau dah malas nak drive jauh-jauh, just drop by KLCC je. Bawalah anak bini supaya mereka boleh bermandi manda di sana. Keselamatan , Insya AlLah terjamin sebab tak dalam. Tempat yang bersih dan nyaman serta penuh dengan kemudahan. Berkelah ala ala di kehidupan moden menunjukkan negara kita semakin pesat maju membangun..

Sunday, April 5, 2009

Serunding@Lokkawi Wildlife Park




Mari mari mari!! kita pegi Animal Park di Lokkawi, Sabah. Masuk RM 10 utk dewasa dan RM 5 utk kanak-kanak. Terletak lebih kurang 10-15km dari Kota Kinabalu Sabah.

Berbagai binatang ada dalam ni, yang paling kita nak tengok ialah, monyet hidung kelakar, harimau, orang utan dan err... ok la gajah..
Sebab apa harimau? sebab dia bukan macam zoo negara. kandang kaca harimau dan keredupan kandang yang terletak betul-betul depan penonton. Susah nak cerita, senang cerita, tengok sajalah gambar-gambar yang ada.

Kelebihan
Dekat dari Kota Kinabalu
Binatang yang unik
Tempat makan yang senang dan murah ada kat dalam
Lain pada lain


Kekurangan
Permukaan zoo yang beralun atau berbukit bukau, meletihkan pengunjung utk berjalan kaki.
Keretapi dalam zoo mmg jarang ada. 2 atau 3 jam sekali. Kena bayar pulak tu.
Binatang tak la sesebanyak binatang di Zoo Negara, tapi ok la. Takkan semua kita nak tengok..