Thursday, March 3, 2011

CAMERON HIGHLANDS







Ni kali kedua saya mengunjungi Cameron highlands. Kena pergi dua kali, baru best kot..
Masa saya pergi, kalau dari KL atau selatan dan juga utara, eloklah pergi melalui Simpang Pulai. Walaupun sedikit jauh dan tol agak tinggi (RM 26 sehala), ia memang berbaloi kerana mood bercuti boleh dirasai hingga ke akhir percutian. Ini kerana jalannya yang kurang bengkang bengkok berbanding Tapah.

Kalau pergi Tapah dulu, bimbang lah. Mana la tau orang tua atau kanak-kanak akan berasa loya dan muntah dalam perjalanan memandangkan keadaan jalan yang sempit dan sangat berbengkang bengkok. So, nanti mood muntah dan loya tu akan terbawa-bawa dari mula berjalan hinggalah habi percutian. So, tiada maknanya kita nak jimatkan petrol dan tol dengan menuju ke Cameron Highland melalui Tapah.

Kalau balik tu, balik ikut Tapah lagi dekat dan boleh save 50km. Masa lebih kurang je lah..






Apa yang ada ?

Kat Cameron highland, saya cadangkan agar pergi ke kilang Teh Boh yang terletak di Kea Farm.

Kerana kita boleh menikmati keindahan ladang teh di sana. Restoran tu pun ada kat atas sana nuh. Tapi awas, jalannya sempit... berhati-hati.

Kat Cameron highlands sudah tentulah kita tertarik dengan penanaman strawberi. Kalau nak senang, pergi je ke sebelah Rumah Rehat Persekutuan. Di sana pun ada kebun strawberi. Harga pun boleh tahan lah..





Apa yang best kat sini ialah :

  • Bawa ibu @ mertua yang sukakan bunga

  • Cuaca sejuk

  • Sesuai untuk berbulan madu dan juga berkeluarga

  • Makanan yang murah boleh didapati di Tanah Rata.

  • Jagung mutiara



Yang tidak best ialah :


  • Jalan bengkang bengkok

  • Tak sesejuk dahulu

  • Makanan sayuran semakin mahal

  • Jalan sesak sebab pelawat meletakkan kenderaan di tepi jalan. Tak boleh dah nak dielakkan.

  • Kedai tutup awal

  • Kena tipu dengan jualan 'epal jambu'.



Friday, January 21, 2011

God Knows

A group of children were lined up in a canteen of a school for tea. At the head of a table was a large pile of apples. The discplinary teacher made a note and posted on the apple tray.
TAKE ONLY ONE. GOD IS WATCHING.

Moving further along the line, at the other end of the table was a large pile of chocolate chip cookies. A child had written a note.
TAKE ALL YOU WANT, GOD IS WATCHING THE APPLES.

Thursday, December 30, 2010

Balik Sabah 2010




* aku akan mengambil gambar seperti ini setiap kali balik ke kampung. Gambar diambil di bawah rumah di suatu sudut yang nyaman.





* Bersama nenda tercinta.




Seperti aktiviti tahunan, aku akan balik ke kampung halamanku di Sabah bersama ibu, isteri , adik dan anak-anak.Sedikit berlainan pada kali ini kerana kebetulan sepupuku melangsungkan perkahwinan dan majlis disambut dengan penuh meriah dan beradat.

Isteriku baru pertama kali menyaksikan adat perkahwinan keluargaku , begitu amat terpesona dengan budaya masyarakat Sabah apabila melangsungkan perkahwinan.

Kenangan yang paling indah semasa balik ke Sabah, apabila melihat nenekku ketawa mengenangkan kisah "kecurian bambangan 2009"...
Nenekku sentiasa ketawa semasa beliau bersendirian mengenangkan kisah lucu tersebut...




Nak dijadikan cerita, aku bersama anak isteri serta ibu pergi ke pasar tamu. Ibuku telah membeli lebih kurang 5 biji buah bambangan untuk dibawa pulang. Sementara membeli barang-barang lain, ibuku tinggalkan buah berkenaan di bawah gerai tuan punya buah untuk diambil pada waktu yang lain.
Masa tu aku berada di tempat lain. Apabila bertemu ibuku, lantas dia menyuruhku membawa pulang buah berkenaan sambil menunjukkan gerai yang jelas dapat kulihat dari jauh.
Tanpa membuang masa, aku menghampiri gerai tersebut, dan mengambil buah bambangan yang diletakkan di bawah gerai untuk dimasukkan ke dalam but kereta.
Kebetulan tuan punya kedai tidak perasan kehadiranku.
Apabila sampai di rumah , aku meletakkan buah berkenaan di dapur. Makcik ku yang berada di dapur terus bertanya kepada ibuku yang berada di ruang tamu.


Makcik : "Berapa harga buah bambangan nih?"
Ibu :"RM8!!.
Makcik : Semua ni RM 8?!!
Ibu : ye lor....
Makcik : Murahnya!!!!!
Ibu : Biasa jer...


Apabila ibu ke dapur, alangkah terkejutnya mendapati seguni buah bambangan di dapur. Padahal, ibu beli 5 biji je...


Aku secara kesilapan taknikal , telah mengangkut kesemua buah bambangan yang berada di gerai berkanaan.

Makcikku yang sentiasa kelam kabut amat terperanjat dan kedengaran hilaian ketawa nenekku yang mendengari perbualan tersebut..


Pada minggu kedua, makcikku telah bertemu semula dengan penjual dan penjual berkenaan mengakui kehilangan dan kerugian buah bambangan pada minggu lepas. (Masa tu aku dah balik KL)...dan makcikku telah membayar ganti rugi....




* buah bambangan seakan akan buah macang, enak dimakan, dihiris dan dan diletekkan di dalam mangkuk yang mengandungi kicap dan lada.. Sesuai dimakan semasa makan nasi..