Tuesday, May 25, 2010

Sukan antara Zon KWSP di Johor Bahru






Hari Jumaat 20.05.2010 - Telah berlangsung sukan antara zon KWSP Malaysia.
Diadakan di Johor Bahru buat kali kedua sejak 2002.
Aku mewakili zon tengah dalam acara pingpong tetapi tewas kepada zon selatan dan mendapat tempat ketiga.
Kalah menang tak lah penting sangat, cuma syok bawa kawan-kawan berjalan. Iye lah, disinilah bermulanya kehidupan saya sebagai seorang anggota KWSP.
Ayat-ayat gurauan sering bermain di bibir saya semasa membawa kawan2 berjalan2 di JB. "Ini tempat gua beb! Gua dulu memang lepak sini ", "Ni empayar gua, memang orang tau ni empayar gua"...
Kekadang tu tersesat juga. Maklumlah dah lama tinggalkannya sejak 2006. Tapi ada ayat yang boleh melindungi keaiban ku daripada rakan-rakan. "Aik! dulu tempat ni takda, sekarang dah ada".
Aku terkilan juga kerana tak sempat melawat rakan-rakan sepejabat dahulu dan juga tuan rumah macik Nab. Ini kerana aku hanya penumpang kawan, maka tak sempat nak singgah singgah.
Tidak mengapa, lain kali ada lagi..
Terlalu banyak tempat-tempat menarik di JB dan antaranya ialah :

  1. Bukit Timbalan
  2. Makan seafood di Senibong
  3. Goreng Pisang MAWAR
  4. Mi Rebus Tulang ZZ di JKR
  5. Nasi Ayam Baser di Kota Tinggi
  6. Pasar Karat
  7. Danga Bay
  8. Restoran P. Ramlee
  9. Nasi Beriyani Jln Kebun Teh
  10. Asam Pedas Kak Zie di Tmn Istimewa.

Bravo Johor Bahru!

Tuesday, May 18, 2010

FAMILY DAY AT TIARA BEACH RESORT




Hari Sabtu , ada acara Family day EPF Shah Alam di Tiara Beach Resort. Memang menyeronokkan apabila kita bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan. Menginap di apartment yang disediakan memang selesa. Tambahan pula ia memang berdekatan dengan waterpark. Kanak-kanak pun tak sabar-sabar nak mandi kat sana.

KELEBIHAN
Kalau dari KL kira dekat juga lah. Lebih kurang 97 km.
Apartment yang luas
Tempat permainan kanak-kanak memang best. Ada indoor games, video games, water park dan lain-lain.
Tempat permainan dewasa pun boleh tahan. Ada khidmat sewa basikal, kolam dewasa, sauna, terapi ikan dan lain-lain.

KEKURANGAN
Harga penginapan agak tinggi lebih-lebih lagi semasa cuti sekolah dan lain-lain.
Makanan hotel dikatakan boleh la tahan.
Ramai sangat orang kat dalam waterpark, nampak macam padat sikit..

Saturday, April 24, 2010

DPA9598 REUNION AT BAGAN LALANG







3.45 Bertolak ke Masjid KLIA utk bertemu dengan sahabat handai..
5.30 Bertolak ke Bagan Lalang. (33km dari masjid)
6.30 Sampai di HM Ikan Bakar Bagan Lalang dengan kawan-kawan.
6.50 Makan malam di sana berlatarbelakangkan pemandangan indah dan suasana damai bersama kawan-kawan.
7.45 Bergambar beramai-ramai
8.20 Bersurai..


KELEBIHAN

Pemandangan yang memang indah, pantai yang tenang.. ada tempat penginapan.
Makanan sedap la jugak kalau makan ramai-ramai..
Sesuai utk berbulan madu dan berkelah
Kalau dari KL lebih kurang 96 km, boleh solat jamak
Makanan pun murah juga la (RM 25 seorang)
Jalanraya yang baik
Papantanda arah yang lengkap.
Kemudahan surau dan lain-lain yang baik. (Surau RnR Dengkil pun cantik juga).


KEKURANGAN

Ada tempat makan yang boleh membahaykan kanak-kanak. Sentiasa jaga anak anda..
Tempat letak kenderaan yang terhad. Jangan datang semasa lepas maghrib. Susah nak cari parking. Datang la jam 630 petang, baru ok..


Wednesday, April 21, 2010

Selamat Hari Lahir Ma... yang ke 54..





18 APRIL ~ Hari lahir Ma , merangkap ibu mertua ku. Seorang yang tegas tetapi penyayang. Pandai masak nasik, pandai uruskan anak-anak cucu. Pandai bercucuk tanam dan juga pandai memandu kereta. Hari ni aku lega tengok ibu kepada isteriku dapat mengecap kebahagiaan. Dia, Abah dan AlLah sahajalah yang tahu mengenai perit pahit kehidupan lampau beliau sebelum mengecap kebahagiaan sekarang. AlLah itu maha mengasihani hamba-hambanya. Seperti jua ibuku, aku harap agar detik-detik kegembiraan dan kebahagiaan, sentiasa menyelubungi beliau walau di masa dan keadaan mana sekalipun.
Hari ini kita lihat seorang hamba tu senang dengan kebahagiaannya. Tetapi kita belum tentu dapat menyelami kepayahan seseorang hamba itu ketika beliau dalam kesusahan. Bangun pukul 4 pagi untuk menyediakan lauk pauk, membasuh pinggan, menyediakan makanan, bersengkang mata pada tengahari untuk menjaga kedai. Bukan tujuan untuk berseronok, tetapi untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan anak-anak supaya lebih senang daripada beliau sekarang...
Semoga AlLah sahaja yang dapat membalas keperitan hidup lampau kepada ibu mertuaku ini.
Amin...