Saturday, January 23, 2010

Semoga rohnya dicucuri rahmat..


Kemangkatan Sultan Johor pada hari 22 Jan 2010 telah meninggalkan perasaan hiba dan sayu dikalangan rakyat jelata khususnya rakyat negeri Johor. Seorang Sultan yang berjiwa rakyat dan tegas, menjadikan Almarhum seorang yang dikenali di serata dunia.
Aku pun ada terasa sedih atas kehilangan Baginda. Memang la kerana suatu masa dulu aku pernah bekerja di Johor. (2001-2006).
Antara memori yang berkaitan dgn Almarhum pada waktu itu ialah semasa bermain bola sepak di padang polo. Padang polo yang terletak di dalam kawasan pagar Istana Johor berdekatan dengan Stulang. Semasa bermain bola, aku terdengar bunyi siren menandakan kedatangan Almarhum dari luar utk masuk ke kawasan istana. Kami diarahkan oleh polis pengiring agar berhenti bermain bola, manakala yang tengah duduk, dikehendaki berdiri. Apabila Almarhum masuk ke dalam kawasan istana beliau, serta merta MPV hitam besar berkenaan berhenti seketika. Kami menjadi kaget. Rupa-rupanya, Baginda hanya bertanyakan khabar mengenai permainan bola yang berlangsung. Senyuman terukir pada salah seorang yang disapa baginda. Hati kami semua menjadi lega. Setelah beredar, permainan pun diteruskan. Masa tu , KWSP Johor vs kelab bola Cina. KWSP Johor menang 1-0 dengan jaringan bergaya penulis blog ini sendiri. Huhuhu... masa tu boleh la sebab aku kurus. Sekarang nak berlari pun belum tentu..
Apa-apa hal, Sultan Iskandar adalah salah seorang Sultan yang terbaik antara terbaik di Malaysia..

Wednesday, December 16, 2009

Cuti-Cuti Fraser





Dah lama tak pegi jenjalan. Maklumlah dekat-dekat hujung tahun ni , banyak sangat kerja yang perlu diuruskan. Nasib baiklah sempat juga mencuri masa sehari dua bercuti di tempat yang tak berapa jauh. Bukit Fraser.
Ingatkan pegi ikut Raub, tapi orang kata Raub tu jalan tak elok. So , kena ikut nasihat kawan-kawan supaya mengikuti jalan ke Ulu Yam atau juga Tg Malim, kemudian ke Kuala Kubu.
Sampai K.Kubu, jangan lupa isi minyak full. Kat atas, tiada stesen minyak. Kalau nak naik ke atas, pada satu tahap perjalanan, kena bergilir-gilir ikut jadual turun bukit atau naik. Jangan naik masa malam, nanti susah..

Kelebihan
Tempat yang indah dan bersih.
Nyaman, tak payah pasang pendingin hawa.
Bagus untuk bulan madu.
Bagus untuk main golf.
Ada tempat naik kuda dan memanah.
Bagus untuk buat makan makan dan berkhemah.
Ada taman-taman.

Kekurangan
Jalan nak ke air terjun sempit dan menakutkan.
Tak banyak tempat-tempat "happening".
Kalau hujan, kabus menjadi tebal, menyukarkan pandangan tapi OK.
Jalan bengkang bengkok, boleh muntah wooo....


Saturday, November 7, 2009

Negeri Sembilan 3 - Kelantan 1








Tahniah Negeri Sembilan kerana berjaya menjulang Piala Malaysia. Buat peminat Kelantan, bersabarlah setahun dua, waktu anda akan muncul jua suatu hari nanti.

Kronologi Piala Malaysia.
  • Pagi - Kehadiran penonton dari jauh terutama Kelantan mulai dirasai. Jalanraya telah sesak seawal jam 11 pagi.
  • 2 petang- Penonton telah membanjiri perkarangan stadium utk membeli belah dan berjumpa sahabat handai.
  • 4.30 petang - Hujan lebat tidak mematahkan semangat penonton untuk menyokong pasukan mereka.
  • 6.00 petang - Hujan telah kembali reda dan ada penonton yang telah memanjat pagar stadium untuk masuk termasuklah bayi berumur 2 tahun.
  • 7.00 petang - Ada pintu pagar yang pecah. Dikhabarkan 1000 orang telah berjaya masuk. Polis berjaya mengawal keadaan.
  • 8.00 malam - Sorakan peminat menggamatkan stadium diikuti dengan susulan bunyi mercun yang kuat.
  • 9.00 malam - Perlawanan bermula. Negeri Sembilan mendahuli Kelantan dengan gol pertama akibat pemain pertahanan kiri Kelantan yang kerap melakukan kesilapan.
  • 10.30 malam - Penonton Kelantan telah mula menyusut akibat kecewa dengan pasukan mereka. Ada yang telah meninggalkan bangku penonton dan ada yang telah membakar kerusi stadium dan juga membaling botol ke arah padang.
  • 10.45 malam - Perlawanan berakhir.
  • 12.00 malam - Bantu adik mengemaskan barang-barang jualan. Air tak laku sangat, cuma baju / jersi yang mendapat permintaan tinggi.
  • 1.30 malam - Balik rumah. Penat dan kecewa. Semoga tahun depan, ia milik Kelantan...


Adegan Menarik

  • Penonton panjat pagar stadium, masuk ke dalam, kemudian jual tiket murah RM 5. Sebelum tu, ada yang jual tiket kat stadium RM 70.
  • Laku jual baju dan air tin. Air mineral tak laku.
  • Hujan lebat.
  • Pagar stadium runtuh.
  • Mercun sabung menyabung. Nasib baik duduk kat atas.
  • Gol Indera Putera memang cantik. (Free kick)
  • Sms bertalu talu mengutuk Kelantan.
  • Kerusi terbakar.
  • Ada penonton N9 kena belasah bila lalu depan penonton Kelantan.
  • Ada yang kena tangkap.
  • Helikopter berlegar-legar terasa diri seperti Grand Theft Auto.
  • Mengaut keuntungan hasil jualan laaa... hehehehe