Sunday, April 20, 2014

Pertandingan Taekwondo

Along (vest biru) sedang bertarung tetapi malangnya kalah dengan seterunya. Walau bagaimanapun, dia berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut.

Thursday, November 21, 2013

Cabut gigi

Hari ni merupakan hari pertama anakku mencabut giginya. Alhamdulillah tak sakit. Thanks to Dr.Manjeet yg berada di Selayang Gombak. Dekat dgn pasar borong lama.

Saturday, October 5, 2013

Balik kampung

Balik kampung kali ni menggunakan penerbangan MAS setelah pekeliling mengeluarkan kenyataan bagi membolehkan penggunaan mana-mana penerbangan. Dah lama tak naik MAS semenjak pekeliling 2005 rasanya. Harga yang BERPATUTAN walaupun boleh buat tuntutan semula dan servis dari segi makanan yang baik amat kami hargai.. dulu aku pernah hantar email mendoakan semoga MAS jatuh dari segi prestasi perniagaan kerana tak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh pengurusan berkenaan. Hahaha.

Tuesday, September 3, 2013

Hujan yang turun, Minyak yang naik..


Hujan yang turun. Minyak yang naik

Hari  ini 3 September 2013, hujan turun dengan sederhana tetapi lama... Hujan turun membawa rahmat. Tetapi pada hari ini diumumkan oleh 'orang politik' bahawa harga minyak telah dinaikkan. Aku tak boleh percaya dah pada orang politik sebab hari tu sebelum pilihanraya kata lain. lepas pilihanraya cakap lain. Hari ni cakap A esok cakap B. Dari kecil kita diasuh agar jangan bohong nanti berdosa. Belajar agama tentang ciri-ciri orang munafik ialah apabila berjanji ia mungkir, apabila bercakap ia dusta. Di dunia bolehla kau lepas. Tapi di akhirat kelak, balasan yang menimpa. Mereka sewenang wenangnya memanipulasi rakyat jelata tanpa memikir dosa dan pahala. Macamana negara kita nak berkat ? 
Nampak remeh minyak naik tetapi lihatlah beberapa hari akan datang kita akan didatangi dengan kenaikan harga beratus ratus barangan yang sudah tentu membebankan rakyat terutama rakyat yang miskin di kota.
Semoga AlLah membalas perbuatan mereka. Amiiin...

Fakta menarik hari ini :

  • hujan turun dengan lebat pada hari ini.
  • minyak naik 20 sen pada hari ini
  • road tax aku mati pada hari ini. takleh renew sebab sistem 'mati' atau off line
  • birthday anak aku pada hari ini. Semoga beliau tabah mengharungi perjalanan hidup akan datang.

Marilah generasi baru agar menjaga negara kita, rakyat kita supaya hidup dalam aman dan selesa semoga berjaya di dunia dan di akhirat.. Amiiiin....

Saturday, August 31, 2013

Kembali bertemu

Sudah sekian lamanya watak penting BCA tidak berkumpul bersama.  Mengimbas kenangan waktu bersama di UiTM dulu mengharungi suka duka pelajar ijazah sarjana muda sepenuh masa. Banyak aktiviti yang telah kami bangunkan dan meriahkan termasuklah sukan antara fakulti yang pertama di sana. Kini masing -masing dah ada kerja dan keluarga. Mujurlah ada raya. Masa ni lah berkumpul bersama dgn topik yang banyak menyentuh tentang kesihatan.. maklumlah dah tak secergas dahulu.. anehnya pertemuan kami ni seolah-olah seperti dirancang bilamana datang pada masa yang hampir sama.. what a beautiful coincidence. .

Luah padaku..

Thursday, August 22, 2013

Jamuan kursus

Siapa yang menjadi anggota kerajaan ataupun swasta pasti menunggu nunggu kejutan jamuan hidangan semasa kursus. Aku berkursus hari ni. Wahh... pertama kali aku makan roti jala berkuahkan serawa durian. Unik, ringkas tetapi sedap...

Tuesday, August 20, 2013

Kelemahan telefon pintar...

Apabila wujud telefon pintar atau smartphone terasa kerenggangan hubungan antara keluarga.... aku juga tidak terkecuali... aku terasa komunikasi aku dengan anak-anak semakin kurang..  bukannya apa. Anak yang ralit atau leka menggunakan smartphone ibubapanya dengan melayari youtube dan menggunakan aplikasi permainan. .. hampeh... khusyuk pulak tu. Aku tanya sepatah dijawab sepatah... kena buat sekatan had masa ni... had masa menggunakan telefon abah dan umie untuk tujuan hiburan...

Sunday, August 18, 2013

Beraya di Rembau most wanted

Hari ni aku pegi beraya di rumah sahabat baik di Rembau Negeri Sembilan.  Betapa tenangnya rumah dia yang jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota. Berdekatan dengan rumah beliau ada satu tempat perkelahan yang sempat kusinggahi. Nyaman.. aku akan ke sini lagi nanti..

Saturday, August 17, 2013

Hari Ahad yang sepi..

Hari ni aku bangun awal seperti biasa. Membawa anak untuk ke kedai basuh kereta automatik. Jimat masa. Tak payah tunggu lama...

Salam Syawal

Macam biasa lagi, tak post post apa apapun kat blog ni.. kali ni aku mesti cuba post something.. agar ia menjadi lejen.. hahahahah


Monday, February 27, 2012

2012 - Azam baru

Dah lama aku tak menulis pada blog ini semenjak April 2011 berikutan aku terlalu sibuk..
Mudah-mudahan aku berkesempatan menulis blog pada tahun ini.

Thursday, March 17, 2011

LAGU PASAR MALAM

Oh mari-mari bersama
ke pasar malam di sana
ramai orang sentiasa
tak kira tua dan muda

ku ingin beli makanan
pisang goreng apam balik
pau sate juga buahan
untuk ibu juga adik

Thursday, March 3, 2011

CAMERON HIGHLANDS







Ni kali kedua saya mengunjungi Cameron highlands. Kena pergi dua kali, baru best kot..
Masa saya pergi, kalau dari KL atau selatan dan juga utara, eloklah pergi melalui Simpang Pulai. Walaupun sedikit jauh dan tol agak tinggi (RM 26 sehala), ia memang berbaloi kerana mood bercuti boleh dirasai hingga ke akhir percutian. Ini kerana jalannya yang kurang bengkang bengkok berbanding Tapah.

Kalau pergi Tapah dulu, bimbang lah. Mana la tau orang tua atau kanak-kanak akan berasa loya dan muntah dalam perjalanan memandangkan keadaan jalan yang sempit dan sangat berbengkang bengkok. So, nanti mood muntah dan loya tu akan terbawa-bawa dari mula berjalan hinggalah habi percutian. So, tiada maknanya kita nak jimatkan petrol dan tol dengan menuju ke Cameron Highland melalui Tapah.

Kalau balik tu, balik ikut Tapah lagi dekat dan boleh save 50km. Masa lebih kurang je lah..






Apa yang ada ?

Kat Cameron highland, saya cadangkan agar pergi ke kilang Teh Boh yang terletak di Kea Farm.

Kerana kita boleh menikmati keindahan ladang teh di sana. Restoran tu pun ada kat atas sana nuh. Tapi awas, jalannya sempit... berhati-hati.

Kat Cameron highlands sudah tentulah kita tertarik dengan penanaman strawberi. Kalau nak senang, pergi je ke sebelah Rumah Rehat Persekutuan. Di sana pun ada kebun strawberi. Harga pun boleh tahan lah..





Apa yang best kat sini ialah :

  • Bawa ibu @ mertua yang sukakan bunga

  • Cuaca sejuk

  • Sesuai untuk berbulan madu dan juga berkeluarga

  • Makanan yang murah boleh didapati di Tanah Rata.

  • Jagung mutiara



Yang tidak best ialah :


  • Jalan bengkang bengkok

  • Tak sesejuk dahulu

  • Makanan sayuran semakin mahal

  • Jalan sesak sebab pelawat meletakkan kenderaan di tepi jalan. Tak boleh dah nak dielakkan.

  • Kedai tutup awal

  • Kena tipu dengan jualan 'epal jambu'.



Friday, January 21, 2011

God Knows

A group of children were lined up in a canteen of a school for tea. At the head of a table was a large pile of apples. The discplinary teacher made a note and posted on the apple tray.
TAKE ONLY ONE. GOD IS WATCHING.

Moving further along the line, at the other end of the table was a large pile of chocolate chip cookies. A child had written a note.
TAKE ALL YOU WANT, GOD IS WATCHING THE APPLES.

Thursday, December 30, 2010

Balik Sabah 2010




* aku akan mengambil gambar seperti ini setiap kali balik ke kampung. Gambar diambil di bawah rumah di suatu sudut yang nyaman.





* Bersama nenda tercinta.




Seperti aktiviti tahunan, aku akan balik ke kampung halamanku di Sabah bersama ibu, isteri , adik dan anak-anak.Sedikit berlainan pada kali ini kerana kebetulan sepupuku melangsungkan perkahwinan dan majlis disambut dengan penuh meriah dan beradat.

Isteriku baru pertama kali menyaksikan adat perkahwinan keluargaku , begitu amat terpesona dengan budaya masyarakat Sabah apabila melangsungkan perkahwinan.

Kenangan yang paling indah semasa balik ke Sabah, apabila melihat nenekku ketawa mengenangkan kisah "kecurian bambangan 2009"...
Nenekku sentiasa ketawa semasa beliau bersendirian mengenangkan kisah lucu tersebut...




Nak dijadikan cerita, aku bersama anak isteri serta ibu pergi ke pasar tamu. Ibuku telah membeli lebih kurang 5 biji buah bambangan untuk dibawa pulang. Sementara membeli barang-barang lain, ibuku tinggalkan buah berkenaan di bawah gerai tuan punya buah untuk diambil pada waktu yang lain.
Masa tu aku berada di tempat lain. Apabila bertemu ibuku, lantas dia menyuruhku membawa pulang buah berkenaan sambil menunjukkan gerai yang jelas dapat kulihat dari jauh.
Tanpa membuang masa, aku menghampiri gerai tersebut, dan mengambil buah bambangan yang diletakkan di bawah gerai untuk dimasukkan ke dalam but kereta.
Kebetulan tuan punya kedai tidak perasan kehadiranku.
Apabila sampai di rumah , aku meletakkan buah berkenaan di dapur. Makcik ku yang berada di dapur terus bertanya kepada ibuku yang berada di ruang tamu.


Makcik : "Berapa harga buah bambangan nih?"
Ibu :"RM8!!.
Makcik : Semua ni RM 8?!!
Ibu : ye lor....
Makcik : Murahnya!!!!!
Ibu : Biasa jer...


Apabila ibu ke dapur, alangkah terkejutnya mendapati seguni buah bambangan di dapur. Padahal, ibu beli 5 biji je...


Aku secara kesilapan taknikal , telah mengangkut kesemua buah bambangan yang berada di gerai berkanaan.

Makcikku yang sentiasa kelam kabut amat terperanjat dan kedengaran hilaian ketawa nenekku yang mendengari perbualan tersebut..


Pada minggu kedua, makcikku telah bertemu semula dengan penjual dan penjual berkenaan mengakui kehilangan dan kerugian buah bambangan pada minggu lepas. (Masa tu aku dah balik KL)...dan makcikku telah membayar ganti rugi....




* buah bambangan seakan akan buah macang, enak dimakan, dihiris dan dan diletekkan di dalam mangkuk yang mengandungi kicap dan lada.. Sesuai dimakan semasa makan nasi..